Berhati-Hati & Salam Aidilfitri
![]()

Nampaknya kemeriahan raya sudah terasa sangat. Sejak petang semalam, ketika saya sedang ronda² KL untuk shopping, jalanraya sudah mulai sesak. Terutamanya jalan menghala lebuhraya ke Ipoh (ke utara). Dan tak ketinggalan juga bila saya melalui jalan menghala lebuhraya Karak (ke pantai timur). Apatah lagi, semalam adalah hari terakhir persekolahan di kebanyakkan sekolah kerana saya dapat tahu ada beberapa sekolah lain sudah mula bercuti bermula semalam lagi.
Saya berharap dan berdoa agar tahun ni kemeriahan raya tidak mengundang peristiwa atau kejadian yang memilukan akibat dari kemalangan jalanraya. Kepada anda rakan² pembaca, berhati-hatilah dan pastikan kenderaan anda selamat untuk digunakan. Buat pemeriksaan terutamanya minyak hitam, lampu, brek dan tayar. Kadangkala kemalangan berlaku bukan kerana kecuaian kita memandu, tetapi mungkin disebabkan oleh kegagalan kereta atau kenderaan kita berfungsi dengan baik.
Kepada rakan² yang balik menunggang motorsikal, berhati-hatilah juga kerana peratus kemalangan paling tinggi biasanya melibatkan golongan pengguna jalanraya/lebuhraya di kalangan penunggang motorsikal.
Salam Aidilfitri dari saya.. maaf zahir batin. Malam ni saya bertolak balik kampung




