Home

Archive » June, 2011 «

Aplikasi & Aksesori iPad 2

Saturday, June 11th, 2011 | Author:

Rasanya ramai warga Terengganu dan Kelantan di sekitar Lembah Kelang hari ni sebab malam ni perlawanan akhir bolasepak Piala FA di Stadium Bukit Jalil. Harap-harap tiada sebarang insiden yang tak diingini berlaku, tak kiralah walau siapa pun yang merangkul juara nanti. Yang pasti saya tentunya penyokong setia The Red Warriors.. hehe… Dan dengarnya pada jam 4 petang pun dalam stadium dah lebih separuh penuh dengan penonton.. hrmm, harap-harap yang pegi tu jangan pulak abaikan solat..

Baiklah, seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas.. kali ni saya mahu berkongsi dengan pembaca tentang aplikasi dan aksesori yang saya sebatikan dengan iPad 2 yang dibeli. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada mereka yang baru memiliki atau yang bakal memiliki iPad 2. Apa yang pasti buat masa ini (setakat entri ini ditaip) banyak aplikasi perlu dibeli (kecuali memang yang dah percuma) sebab iPad 2 belum lagi ada fungsi Jailbreak. Pelbagai anggapan mengatakan ianya akan ada dalam masa terdekat ni.. sedangkan dalam masa yang sama pihak Apple baru je umumkan akan lancarkan IOS 5 tidak lama lagi.

Saya hanya senaraikan aplikasi dan aksesori yang saya rasa bagus dan menarik, jika mahu maklumat lanjut.. anda perlu Google sendiri jelah. :D

Aplikasi :

Penultimate

Quran Reader HD

MyPad/MyPad+

Friendly/Friendly Plus

Wunderlist

Calculator HD for iPad

Twitter

Twitterific

iTranslate

PhotoSync

Pages

Keynote

Numbers

Goodreader

Dropbox

Notes Plus

FlipBoard

AvPlayer HD

AirVideo

Garage Band

Photospeak

Makeover

Hitpad

t-Chess (lite/pro)

Pinball HD

Real Racing 2 HD

Tap The Frog

Air Hockey Gold

Glow Hockey 2 HD

Night Stand HD

Y!Messenger

WordPress

Traffic Rush

Harian Metro

Mobilekini

Wallpapers HD Gold

Radio & TV Malaysia & Singapore

Monopoly for iPad

Ludo

Checkers 360

PinosoccerHD

Find iPhone/iPad

Downloads HD

Aksesori :

Smart Cover (Grey) – www.apple.com

Macally Stylus Pen – www.macally.com

Cygnett (Lavish Folio Case with multi-stand) – www.cygnett.com

Enki Genius Case (Clear) – www.enkigear.com

Semua di atas aplikasi dan aksesori yang saya sedang gunakan untuk iPad 2 saya. Jika anda ada cadangan lain, bolehlah maklumkan di ruangan komen.. mungkin saya boleh letakkan satu lagi senarai cadangan aplikasi dan aksesori yang sesuai digunakan. Harap maaf kerana senarai di atas tidak disusun secara kategori. Jumpa lagi di entri akan datang… :)

Category: Teknologi | 4 Comments

Get Adobe Flash player