Home

Archive » May, 2011 «

Tidak Hampa Dengan Ipad 2

Monday, May 30th, 2011 | Author:

Alhamdulillah, iPad 2 yang ditempah hampir sebulan akhirnya tiba di pangkuan. Walaupun kurang berpuas hati dengan perkhidmatan DHL kerana tidak menghantar bungkusan tepat pada masa dan lewat dari tarikh yang dijadualkan oleh pihak Apple.

Hrmm… dah hampir seminggu meneroka kewibawaan iPad 2, rasanya dapatlah saya berikan sedikit review secara peribadi tentang kelebihan dan kekurangannya.

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan iPad 2 ni sebab saya dah beli pun.. lagi pun sebelum membeli saya dah faham di mana kelebihan dan kelemahan iPad 2 berdasarkan review di internet. Sepertimana yang saya war-warkan pada entri yang lepas, kekurangan ketara iPad 2 ialah tidak dapat mempaparkan flash. Sangat mendukacitakan bila membuka laman web yang mengandungi flash. Kalau setakat flash untuk banner atau iklan, takde la kesah sangat pun tapi yang dikesahkan ialah bila ianya penting seperti mengisi form atau ingin melihat video berformat flash. Malah ada sesetengah web kepunyaan bank menggunakan flash, ini yang menyulitkan urusan.. terpaksalah mencari laptop atau pc.

Speaker iPad 2 masih tidak mempunyai sistem stereo… sama seperti iPad 1. Jika anda mahu menikmati bunyi secara stereo, anda hanya perlu menggunakan headphone. Malah bunyi speaker iPad sangat tidak memberansangkan, melainkan jika anda bersendirian dan bersunyi-sunyian bersama Ipad sahaja :) . Kesimpulannya, jika mahukan bunyi yang jelas dan memuaskan, gunalah headphone sepanjang masa.

Ipad 2 mempunyai kamera depan dan belakang, tapi jika anda agak sedikit advance.. dukacita dimaklumkan bahawa ianya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Kualiti gambar tidak begitu menarik (Gambar yang anda lihat di entri ini menggunakan iPhone 4). Bagi saya, itu tak penting pun kerana gajet sesaiz iPad 2 nak jadikan kamera utama.. rasanya tak sesuai la. Beli je kamera kompak atau DSLR. Fungsi kamera pada iPad 2 hanya boleh dianggap sekadar keperluan bila terdesak je atau untuk kegunaan FaceTime.

Walau apapun, saya tetap melihat kelebihan Ipad 2 jauh lebih banyak. Ianya pantas, ringan, senang di bawa dan dengan adanya aplikasi yang pelbagai dan interaktif/inovatif, menjadikan Ipad 2 adalah yang terbaik bagi saya. Iphone 4 memang hebat.. tambahan pula dengan adanya Retina Display, cuma disebabkan ianya kecil.. banyak perkara yang terbatas seperti melibatkan kerja atau urusan yang memerlukan anda menaip. Kerja-kerja seperti itu boleh diserahkan kepada Ipad 2 kerana skrin dan keypadnya jauh lebih besar.

Senario seluruh dunia ada di depan mata anda bila menggunakan iPad 2 kerana anda boleh membaca dan melihat berita-berita semasa dan terkini bila-bila masa dan di mana sahaja, yang penting pastikan internet sentiasa ada sama ada menggunakan wifi atau 3G yang tersedia. Anda mudah menyemak emel dan jika anda mempunyai Twitter, Facebook dan seumpamanya.. iPad 2 banyak membantu. Kelebihan ini berdasarkan kerana ianya mudah dibawa ke mana-mana dan jaminan jangka hayat baterinya yang jauh lebih lama berbanding laptop.

Kesimpulannya… dengan memiliki iPad 2 anda boleh membaca apa sahaja (PDF atau apa sahaja format) dan bila-bila masa yang anda mahu, menyemak dan menghantar emel, melayari laman web, mendengar radio dan muzik kegemaran, menonton TV, menyemak keadaan cuaca semasa, mencatat diari/jurnal, mengingatkan anda tentang tugasan atau apa sahaja yang anda perlu lakukan (task), menonton video, melukis/melakar, merakam dan mengedit gambar atau video, membaca dan mendengar al-Quran dan hadis, melihat dan mengingatkan tentang waktu solat, membeli atau menempah tiket kapal terbang, mengikuti dunia sukan atau mengetahui perkembangan pasukan bola sepak kegemaran, bermain dan belajar alat muzik, mengetahui arah kompas dan arah kiblat, memberi panduan arah ke destinasi mana yang anda mahu (GPS), menghubungi rakan atau keluarga (dengan FaceTime), bermain pelbagai jenis game, mengajar anak-anak menulis dan membaca, mencatat nota, membuat pengiraan, membuat slide untuk presentation, menyusun jadual, mencatat dan merakam mesyuarat, belajar memasak, bersenam dan panduan diet, menunjukkan portfolio kepada pelanggan (seperti jika anda seorang fotografer) dan pelbagai lagi (hehe cukup la tu… tak larat dah saya nak catat kat sini).

Malah, jika anda seorang guru atau pendidik.. atau pelajar, iPad 2 sangat memberi manfaat kepada anda kerana iPad 2 sangat mudah dibawa ke mana sahaja dan aplikasi pendidikan (education) yang sangat banyak. Ipad 2 juga boleh disambungkan terus kepada projektor atau TV (HDTV) untuk pengajaran dan pembelajaran interaktif di dalam kelas.

Yang penting, gunakanlah apa sahaja teknologi yang ada dengan bijak dan bermoral, bukan menyalahgunakannya.

Semua yang anda baca adalah hanya pendapat peribadi saya.. citarasa dan pandangan pengguna yang lain semestinya berbeza. Entri berikutnya… saya akan berkongsi dengan menyenaraikan aksesori dan aplikasi-aplikasi yang menjadi pilihan dan terdapat pada iPad 2 saya. Jumpa lagi… :)

Category: Teknologi | Leave a Comment

Apple Ipad 2

Thursday, May 19th, 2011 | Author:

Sekian lama tidak berblog, tiba2 hari ni rasa nak berceloteh pasal gajet lagi. Hrmm.. berbicara tentang gajet yang ini mungkin dah basi tapi disebabkan saya bakal memilikinya 24 Mei ni (delivery date), terasa pulak nak bercerita. Sebenarnya gajet yang saya maksudkan ialah IPAD 2 keluaran Syarikat Apple tulah. Buat tempahan di laman Store Apple sangat mudah, cuma tempoh shipping agak lama, hampir sebulan. Tapi lebih baik dari beratur panjang.. ;)

Setahun yang lepas, bila IPAD 1 dilancarkan saya tidak langsung teruja sebab sangat berminat dengan iPhone. Dan alhamdulillah pada bulan Oktober yang lepas saya dapat merasai kecanggihan teknologi iPhone 4 dan hingga sekarang masih menikmati kehebatannya. Dan pelancaran IPAD 2 oleh Steve Job pada 2 Mac yang lepas, memberi sedikit inspirasi kepada saya untuk memiliki dan menggunakan IPAD 2. Sebabnya? Pelbagai faktor dan beberapa penambahbaikkan yang telah dilakukan oleh pihak Apple.

IPAD 2 mempunyai dua versi warna iaitu putih dan hitam. Kedua-dua warna ini sudah dijual di pasaran sekarang. Saya memilih hitam dan WIFI sahaja atas sebab peribadi. :)

Anda boleh memilih sama ada inginkan storage 16 GB, 32 GB atau 64 GB, tapi perlu tahu bahawa harga setiap satunya berbeza, apatah lagi jika memilih IPAD 2 yang mempunyai penyediaan untuk WIFI & 3G.

Penambahbaikkan IPAD 2 dari IPAD 1 yang saya maksudkan ialah peningkatan processor Apple A4 kepada dual core Apple A5, memori kepada 512mb DDR2, mempunyai kamera depan dan belakang, 3-axis gyroscope, pengurangan berat dan ukurannya nipis yang sangat ketara (lebih nipis berbanding iPhone 4). Boleh rujuk di link ini untuk lebih terperinci: Apple Ipad 2.

Sebenarnya jika dibandingkan IPAD 2 dengan tablet-tablet pencabar terdekat yang lain seperti Motorola Xoom & Samsung Galaxy Tab (kedua-duanya menggunakan Android OS V3.0 Honeycomb), banyak kekurangan dicatat pada IPAD 2 seperti resolusi display, audio, saiz kamera, usb, fungsi untuk paparan flash untuk web dan sebagainya.. tapi itu hanya di atas kertas je, hakikatnya IPAD 2 jauh lebih berwibawa dari segi paparan dan kelajuannya (Hehe.. karang ada pulak peminat Motorola Xoom & Samsung Galaxy Tab marah). Perbandingan ni boleh dilihat melalui review-review yang terdapat di Youtube. Tambahan pula, saya lebih berminat dengan IPAD 2 disebabkan oleh aplikasinya yang melebihi 65,000 di pasaran, jauh berbeza dengan pesaingnya yang lain.

Saya tak nak komen banyak pasal ni sebab IPAD 2 belum menjadi milik saya lagi pun.. dan kalau dah jadi milik pun, takkanlah nak buat berbandingan dengan tablet-tablet lain yang saya tak beli.

Insya Allah, selepas 24 Mei ni mungkin boleh saya buat sedikit review tentang pro dan kontra IPAD 2. :)

Category: Internet & Teknologi | Leave a Comment

Get Adobe Flash player