Home

Archive » February, 2011 «

Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

Wednesday, February 02nd, 2011 | Author:

Berkesempatan sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina ni, dapatlah saya meluangkan masa mencatat sesuatu di blog ini. Teringin juga nak balik kampung menziarah bonda, tapi rasanya kurang sempat kerana tempoh cutinya tidak sampai seminggu.

Alhamdulillah, sangat gembira dan seronok bila sumbangan kecil mendapat sokongan. Entri saya kali ni hanya mahu melahirkan kegembiraan kerana ruangan MUTIARA HIKMAH & KATA NASIHAT yang saya ilhamkan di Facebook semakin mendapat sambutan dan sokongan. Tiada sebarang unsur keuntungan, hanya sekadar sumbangan ikhlas dan perkongsian kepada orangramai.

MUTIARA HIKMAH & KATA NASIHAT merupakan himpunan kata-kata atau pencetus motivasi yang dipetik daripada individu-individu berpengaruh dan tersohor. Malah ianya juga mengandungi petikan maksud yang dipetik daripada al-Quran yang boleh menjadi panduan kehidupan.

Sebenarnya idea untuk saya menghasilkan laman tersebut kerana berdasarkan pengalaman saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kata-kata hikmah walaupun di internet. Manusia kadangkala memerlukan satu pencetus motivasi dalam diri mereka ke arah kecemerlangan hidup dan keinsafan. Sudah semestinya sebagai Muslim, kalam Allah daripada al-Quran dan ungkapan yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w serta para Hukamak adalah yang terbaik untuk dijadikan panduan. Namun tiada salahnya jika kita menggunapakai kata-kata indah yang datangnya daripada mereka yang bukan Islam seperti Mahatma Gandhi, Aristotle,  Donald J. Trump dan lain-lain lagi, asalkan ianya tidak bercanggah dengan hukum-hakam dan akidah.

Semoga ruangan Mutiara Hikmah & Kata Nasihat ini dapat mengingatkan kepada mereka yang sudah lupa dengan prinsip hidup dan nilai kerohanian. Ramai manusia yang mudah alpa dalam kehidupan duniawi sehinggakan melakukan kesalahan berulangkali. Kata-kata indah dan saling ingat-mengingati adalah satu cara terbaik yang diajarkan dalam Islam.

Insya Allah, saya sedang berusaha untuk membina satu web khusus bertujuan menghimpunkan koleksi kata-kata hikmah dan nasihat/motivasi sebagai panduan semua dan dimanfaatkan. Jika berminat, anda boleh lihat koleksi ini di Facebook melalui pautan di bawah:

www.facebook.com/pages/Mutiara-Hikmah-Kata-Nasihat

Semoga ianya memberi faedah kepada anda. Kita hanya merancang, hanya Tuhan sahaja yang mampu menentukan. Wallahu’allam. Jumpa lagi… ;)

Category: Internet & Teknologi, Islam, Renungan & Motivasi, Teknologi | Leave a Comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes