Home

Archive » November, 2010 «

Dropbox | Mesti Cuba

Thursday, November 25th, 2010 | Author:

Bila lama tidak berblog tentu sekali ada sebabnya. Mungkin hilang minat, tiada idea, tiada masa atau macam-macam alasan lagi. Tapi yang nyatanya, kemalasan menjadi alasan utama saya sejak akhir-akhir ni. Tahap motivasi sangat menurun dan sikap malas menjadi-jadi. Saya pun tak pasti di mana puncanya. Agaknya sebab masalah peribadi kot.. insya Allah selagi Allah berikan kekuatan, amal tuntutan ibadah tetap tidak terabai. Ok, lupakan pasal tu.. hehe.. :D

Sebenarnya entri saya kali ni hanya perkongsian manfaat sahaja. Anda mungkin sudah biasa menggunakan pelbagai perisian berbentuk sharing (sama ada berbayar atau percuma) untuk berkongsi fail antara komputer ke komputer, laptop ke komputer, komputer ke laptop, laptop ke handphone, handphone ke komputer dan sebagainya. Tapi pernahkah anda menggunakan perisian yang dikenali sebagai DROPBOX? Saya pasti, sebilangan besar daripada anda dah tahu kan?

Dropbox telah ditubuhkan oleh Drew Houston bersama Arash Ferdowsi pada tahun 2007 lagi, dan menerima pembiayaan penuh dari Y Combinator. Hari ini, Dropbox dibiayai sepenuhnya oleh Sequoia Capital, Accel Berpasangan dan Amidzad. Sejak dilancarkan secara rasmi pada bulan September 2008, ianya pernah menarik minat berjuta pengguna internet dan berkembang dengan cepat. Mereka telah dicanangkan melalui New York Times dan TechCrunch, dan pernah memenangi anugerah-anugerah dari pihak-pihak tersohor seperti PC Magazine dan CNET.

Keghairahan mereka ialah untuk menghasilkan satu produk yang mampu menarik minat berjuta-juta pengguna. Dan ternyata produk yang dihasilkan oleh mereka ini sangat berguna (pada pendapat peribadi sayalah, dan mungkin juga anda kot..).

Ok, bagaimana caranya? Sangat mudah, buka laman web www.dropbox.com dan anda akan dipaparkan skrin berikut:

Klik kotak ‘Download Dropbox’ (atau kalau malas.. klik di sini je), seterusnya proses muat turun akan dilakukan seperti biasa. Ikut sahaja arahan yang diminta. Anda dikehendaki memberikan alamat emel dan password untuk membuat proses pendaftaran akaun (register).

Sebaik sahaja proses download selesai. Teruskan membuat proses installasi ke pc atau laptop, sebaik selesai satu ikon Dropbox akan kelihatan di ruangan Taskbar berhampiran ruangan masa (kanan) pc/laptop anda. Buka website Dropbox, dan masukkan alamat emel dan password yang telah anda daftarkan untuk login. Paparan berikut akan kelihatan:

Ini bermaksud segala fail yang terdapat dalam akaun Dropbox anda ini dapat dipindahkan, dikongsi dan dibuka bila-bila masa dan di mana sahaja menggunakan mana-mana komputer, laptop atau handphone (yang berkaitan). Yang penting, ada talian internet/wifi. Dropbox selamat kerana ianya menggunakan kaedah yang sama digunakan oleh pihak bank dan tentera bagi memindahkan fail.

Terdapat 3 pilihan jenis akaun untuk Dropbox iaitu:

1. Kapasiti 2 GB – Akaun ini secara percuma sahaja.

2. Kapasiti 50 GB – Akaun ini dinamakan Pro 50. Ianya berbayar sebanyak RM31 untuk tempoh sebulan atau RM310 untuk tempoh setahun.

3. Kapasiti 100 GB – Akaun ini dinamakan Pro 100. Ianya berbayar sebanyak RM63 untuk tempoh sebulan atau RM624 untuk tempoh setahun.

Kos di atas mungkin berubah mengikut kadar nilai tukaran wang kerana ianya berdasarkan nilai Dollar. Yang kat atas tu saya dah rujuk tukaran semasa.

Dropbox menyokong penggunaan telefon bimbit seperti iPhone, Android dan Blackberry.. malah ianya juga sesuai kepada pengguna iPad. Sekiranya anda pengguna iPhone, anda boleh download perisian ini ke dalam iPhone anda (melalui iTunes) dengan menggunakan link berikut:

http://itunes.apple.com/app/dropbox/id327630330

Jika anda masih belum jelas tentang perisian Dropbox, jangan risau.. buka web Dropbox tersebut dan terdapat penerangan tutorial lengkap berbentuk video dan teks untuk penerangan dan cara penggunaannya. Selamat mencuba! Jumpa lagi.. :)

Category: Teknologi | Leave a Comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes