Live Blogging | Hanya Santai
Tuesday, November 30th, 2010 | Author: Wan

Akhirnya dapat juga saya siapkan blog kedua saya. Blog kedua? Kenapa perlu ada dua blog pulak?
Sebenarnya blog kedua saya tu pengisiannya dan catatannya terus daripada iPhone. Jadi ianya sangat ringkas dan santai. Apa sahaja yang terlintas di fikiran atau sesuatu perkara spontan yang nak dikongsi, catatannya terus melalui iPhone.. termasuk sekiranya ada gambar yang berkaitan.
Biasanya catatan entri saya untuk blog pertama ni lebih formal dan disusun (bukan tersusun.. nanti orang kata perasan sendiri pulak..), berlainan dengan blog kedua yang saya maksudkan. Biasalah, baru nak berjinak-jinak dengan ‘Live Blogging’..
Kalau sesiapa nak tahu lanjut pasal apa maksud Live Blogging ni, boleh rujuk artikel rakan blogger@rakan sesekolah saya ni di MyJazmanie.com.
Oh ya, alamat blog kedua saya tu ialah www.wirasutra.com/me. Kalau sudi, boleh la meninjau-ninjau ye. Jumpa lagi..
Category: Topik Bebas | 4 Comments




