Akhirnya dapat juga saya siapkan blog kedua saya. Blog kedua? Kenapa perlu ada dua blog pulak?
Sebenarnya blog kedua saya tu pengisiannya dan catatannya terus daripada iPhone. Jadi ianya sangat ringkas dan santai. Apa sahaja yang terlintas di fikiran atau sesuatu perkara spontan yang nak dikongsi, catatannya terus melalui iPhone.. termasuk sekiranya ada gambar yang berkaitan.
Biasanya catatan entri saya untuk blog pertama ni lebih formal dan disusun (bukan tersusun.. nanti orang kata perasan sendiri pulak..), berlainan dengan blog kedua yang saya maksudkan. Biasalah, baru nak berjinak-jinak dengan ‘Live Blogging’.. Kalau sesiapa nak tahu lanjut pasal apa maksud Live Blogging ni, boleh rujuk artikel rakan blogger@rakan sesekolah saya ni di MyJazmanie.com.
Oh ya, alamat blog kedua saya tu ialah www.wirasutra.com/me. Kalau sudi, boleh la meninjau-ninjau ye. Jumpa lagi..
Hrmm.. tak tahu kenapa sehari dua ni rajin pulak buat entri baru di blog ni. Tak kisahlah, sementara masih ada mood ni, buat je.. asalkan tak kacau hidup orang lain.
Ok, entri kali ni saya nak bagi tutorial simple kepada blogger yang masih baru dan masih merangkak untuk mengisi kandungan dalam blog masing-masing (yang dah lama tu tentu dah tahu banyak perkara kan?). Tutorial ni bukan benda baru pun, dah lama.. cuma teringin nak berkongsi kepada sesiapa yang belum tahu.
Biasanya ramai blogger yang suka meletakkan atau berkongsi video klip (dari laman YouTube) lagu kegemaran mereka di blog masing-masing. Jadi mereka akan copy/paste kod yang terdapat pada video tersebut dan diletakkan dalam blog. Video itu dapat dilihat seperti contoh di bawah:
Tapi bagaimana caranya anda nak dengar lagu atau suara dari video tu sahaja tanpa memaparkan gambar klip video tersebut? Anda boleh lihat contoh di sebelah kanan blog saya tu.
Caranya mudah je..
1. Mula-mula buka laman Youtube. Pilih je mana-mana klip video lagu kegemaran anda (gunakan kemudahan ‘search’ lagi cepat dan pantas). Saya pilih Maher Zain-Insha Allah.
2. Klik butang ‘Embed’ (Jumpa tak? Kalau tak jumpa kena call Barrack Obama.. cuba tanya dia.. hehe gurau je).
3. Seterusnya paparan seperti gambar di atas akan kelihatan. Copy kod yang diberi dan pilih je mana-mana warna border yang menjadi pencetus citarasa anda.
4. Buka control panel blog anda, pilih segmen Appearance, kemudian pilih Widgets.
5. Pilih widget Text dan letakkan di ruangan Sidebar.
6. Paste kod tadi di dalam widget Text tersebut (seperti contoh gambar di bawah).
7. Kemudian tiba masa sesi pengeditan. Tukar saiz width kepada 60 dan height kepada 25 (highlight kuning dalam gambar di atas). Bab ni penting, mesti tukar.
8. Anda boleh setkan sama ada nak jadikan ia mainkan lagu secara manual atau autoplay. Kalau nak pilih sama ada jadikan manual atau autoplay, copy kod ini &autoplay=1 dan paste pada selepas kod lagu (lihat arrow pada gambar kat atas). Kalau mahu ianya main secara manual (maksudnya klik butang play baru lagu tu main), tukar je angka 1 kepada 0 pada kedua-dua kod tadi.
9. Siap dan anda boleh save widget.
Simple je kan? Jadi selamat mencuba la ye..
P.S : Tutorial ini berdasarkan blog wordpress.org. Lakukan langkah yang diberi ikut kesesuaian platform blog masing-masing.
WIRASUTRA.COM dihack. Baru je selesai restore semula fail walaupun ada sesetengah fail dah hilang. Terima kasih kepada pihak webhosting kerana sedia membantu. Hampir putus semangat untuk berblog kerana ini kali kedua dihack. Kenapalah blog ‘manusia kecil’ ini juga yang dihack, sedangkan banyak lagi blog hebat-hebat di Malaysia ni… Tak pelah, dugaan.. masih sedar bahawa ada manusia yang kurang senang tengok orang senang. Apapun, terima kasih kerana banyak perkara baru yang saya dah belajar.
Oklah, entri kali ni berkaitan tajuk di atas. Terhangat? Sebenarnya bukan bertujuan untuk mencari trafik murahan dan bukannya bertujuan memburukkan imej seseorang kerana tuan punya diri sememangnya telah layak dianggap ‘public figure’ pun…
Siapa dia Cikgu Shida ni? Taip sahaja nama ‘cikgu shida’ atau ‘teacher shida’ di Google atau mana-mana enjin carian, pasti berbaris web/blog/youtube dan lain-lain capaian berkenaan insan ini terpapar. Beliau sangat dikenali kerana penonjolannya secara agak ketara di laman Youtube bersama aksi merakam video ‘miming’ lagu dengan perwatakannya tersendiri dan membuat persembahan percuma melalui pentas Youtube. Ianya bukannya perkara baru cuma bila ia masih berterusan, rasanya teringin membuat sedikit ulasan peribadi (ulasan peribadi sahaja dan tidak mewakilkan mana-mana pihak pun…).
Khabarnya Cikgu Shida adalah salah seorang guru bahasa inggeris di sebuah sekolah rendah di Bota, Perak. Sekolah Kebangsaan Pulau Padang tentunya sangat sinonim dengan nama Cikgu Shida ni. Nak tahu nama sebenar dia, cubalah Google sendiri tentu jumpa. Mengikut sumber, pengajaran bahasa inggerisnya di sekolah bagus.. cuma tingkahlakunya di Youtube sangat mengaibkan dan boleh menjatuhkan imej sebagai seorang pendidik (walaupun masih ramai yang menyokong.. Biasalah tu..). Ada pula yang kata, “Biarlah… itu hak dia. Itu tandanya dia seorang yang kreatif.”
Persoalannya, adakah cara mempamerkan kreatif seseorang itu perlu melakukan perkara-perkara yang mengaibkan atau merendahkan imej, apatah lagi dia masih memegang jawatan rasmi sebagai seorang guru/cikgu/pendidik? Kalau pun dia tak mahu menjaga aib sendiri, sekurang-kurangnya jagalah imej dan martabat seluruh warga pendidik di Malaysia.
Saya terfikir sendiri.. agaknya sudah menjadi satu budaya masakini, pembaharuan dan percubaan sesuatu yang baru sangat-sangat dibanggakan, walaupun ianya bukan mencerminkan ke arah kebaikan atau penambahbaikkan. Kalau dulu sesetengah perkara itu tidak dibuat kerana dikatakan melanggar adab, budaya dan agama.. tapi sekarang jika ada pihak yang ‘menembusi’ atau ‘memecahkan’ budaya/tradisi tersebut ianya dianggap seorang yang sangat berani, sangat sporting dan mendapat pujian melimpah ruah daripada sesetengah pihak. Bila ditegur.. si penegur itu pastinya dianggap ketinggalan zaman, pengecut dan tidak sporting.
Malangnya, jika teguran itu dianggap sebagai pertikaian atau hasad dengki, di mana kita nak letakkan nilai amal makruf nahi mungkar dalam masyarakat? Jika golongan bergelar ilmuan sendiri sanggup melakukan perkara-perkara yang ‘tidak sesuai’, bagaimana pula dengan golongan yang memerlukan bimbingan ilmu?
Tidak semestinya membuat teguran itu melambangkan individu itu yang terbaik, cuma sekurang-kurangnya ia mencerminkan masih ada insan yang berusaha menjaga nilai-nilai personaliti yang diwariskan oleh Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah dan contoh ikutan terbaik. Fikir-fikirkan..