Home

Archive » July, 2010 «

Hasad Dengki | Pemusnah Kebaikan

Thursday, July 29th, 2010 | Author:

Bersatunya sebuah masyarakat bergantung kepada saling tolong membantu antara satu sama lain. Pergantungan ini bukan sahaja di peringkat yang lebih besar, malah ianya bermula di peringkat paling kecil iaitu di dalam sebuah keluarga. Seterusnya akan terbentuk di kalangan rakan-rakan sejawat di pejabat atau tempat kerja.

Persoalannya, mampukah membentuk sebuah masyarakat atau komuniti yang hebat dan berjaya, jika terdapat perasaan mazmumah dalam diri iaitu hasad dengki? Pertalian persaudaraan antara keluarga mampu tergugat jika ada di kalangan ahli keluarga yang berhasad dengki. Hubungan sesama rakan sekerja mampu goyah jika perasaan buruk ini menular di pejabat atau tempat kerja. Dan apa yang paling jelas ialah permuafakatan sesebuah masyarakat setempat atau kejiranan pastinya tiada jika sifat dengki mendengki menghantui kehidupan.

Seorang pujangga arab pernah berkata, “Orang hasad dengki hidupnya tidak akan senang dan orang yang bakhil tidak akan berbudi, dan tidak dapat dijadikan kawan bagi orang yang selalu merasa jemu dan tidak ada jiwa kemanusiaan bagi seorang pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.”

Sabda Rasulullah s.a.w, “Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim). Ini bermaksud hasad dengki akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dengki selagi dia tidak insaf dan menjauhkan diri dari sifat buruk itu.

Cuba kita renungkan kembali kepada sejarah Islam, bagaimana sifat dengki syaitan telah menyebabkan Adam a.s telah dikeluarkan dari syurga. Dan sifat dengki jugalah yang menyebabkan berlakunya pembunuhan pertama dalam sejarah Islam iaitu antara Qabil dan Habil. Segala sifat hasad dengki itu dibelenggu oleh iblis dan syaitan durjana dan mereka yang dikuasai dengan perasaan ini tentunya mempunyai keimanan yang lemah dan tidak sempurna. Jika tidak, masakan pula sifat mazmumah itu mampu bersarang dan bertahan dalam dirinya.

Sabda nabi s.a.w, “Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan hasad dengki.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).

Namun demikian, masih terdapat ciri-ciri dengki yang dibenarkan dalam Islam. Dengki yang diharuskan hanyalah dengki yang menjadikan manusia itu berebut-rebut untuk melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang sepertinya. Dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah s.w.t harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.” (Riwayat Hadith al-Bukhari).

Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah s.w.t, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya. Paling hina sekiranya dengki itu menyebabkan dorongan kepadanya melakukan sesuatu tindakan semata-mata untuk menjatuhkan orang lain, seterusnya boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah-memfitnah, pergaduhan, pembohongan, putus silaturahim, penghinaan dan lain-lain. Malah tidak hairan jika sifat dengki juga boleh mengakibatkan pembunuhan. Semua kejahatan ini akan wujud ekoran dari perasaan hasad dengki selagi ianya tidak dijauhkan.

Firman Allah s.w.t, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki.” (Al-Falaq: 5)

Bermuhasabah diri. Banyakkan berdoa dan bertaubat kepada Allah, mudah-mudahan Allah s.w.t akan menyelamatkan kita dari sifat syaitan durjana itu. Mudah-mudahan dengan menjauhkan diri kita dari sifat hasad dengki akan mampu menjadikan diri kita lebih kuat jiwa, fizikal dan mental untuk menempuh kehidupan yang serba mencabar ini. Bukankah kita mahu menjadi umat yang terbaik? Insya-Allah. Wallahu’allam. :)

Category: Islam, Renungan & Motivasi | 3 Comments

Halal Atau Haram, Mana Kesudahannya?

Monday, July 26th, 2010 | Author:

Takut & bimbang!

Saya rasa hanya dua ungkapan itu yang mula-mula timbul dari benak fikiran saya setelah membaca laporan di dada akhbar dan mendengar berita di radio/tv tentang status halal di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Wajarkah negara Malaysia yang diwacanakan sebagai sebuah negara Islam yang menjadi contoh ikutan negara Islam lain di dunia masih lagi bergelora dengan ketidaktentuan kesahihan status halal? Sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan amnya dan khususnya JAKIM yang dipertanggungjawabkan meluluskan status halal di Malaysia?

Sebagai sebuah negara berteraskan agama rasminya Islam, bukankah lebih baik jika mewajibkan perlesenan sesebuah syarikat perniagaan termasuk hotel (tidak kiralah berapa bintang), restoren (termasuk kopitiam yang menjadi kegilaan penggemar kopi) atau mana-mana premis dimestikan dan diwajibkan mendapatkan terlebih dahulu sijil halal daripada JAKIM sebagai syarat sah beroperasi. Apatah lagi jika perniagaan tersebut melibatkan pelanggan-pelanggan yang beragama Islam.

Saya bukan nak salahkan mana-mana pihak, cuma sekadar keliru.  Selamatkah kita berada di Malaysia untuk menjamu selera tanpa keraguan sama ada ianya halal atau haram? Jika selama ini kita bergantung harap kepada logo halal JAKIM sebagai keyakinan dan sandaran, bagaimana halnya pula jika ‘logo halal JAKIM’ seperti itu pula boleh diragui dengan alasan ianya dipalsukan atau direka-reka? Sangat mendukacitakan apabila pengguna/pelanggan dipersalahkan dengan alasan sepatutnya pelanggan siasat terlebih dahulu sama ada premis itu sah logo halalnya atau tidak. Di manakah pihak pemantau sijil halal, di manakah pihak berwajib yang bertanggungjawab, masih sibuk berpolitik? Apa hak kuasa seorang pengguna sehinggakan terpaksa  memantau semua tempat yang dikunjungi itu sama ada logo halalnya palsu atau tidak? Adakah kurang kakitangan di JAKIM boleh menjadi alasan atau penyebab kurangnya atau tiada pemantauan?

Persoalannya… penting atau tidak status HALAL? Jawapannya ya, sebagai umat Islam.. semestinya penting.

Firman Allah s.w.t, “Wahai manusia, makanlah dari makanan yang HALAL dan baik yang terdapat di bumi, dan jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.” Al-Baqarah: 168

Halal adalah satu perkataan bahasa Arab yang bermaksud sah atau dibenarkan. Lawan istilah halal ialah haram, maksudnya tidak sah atau tidak dibenarkan. Istilah halal dan haram digunapakai secara global kepada semua perkara dalam kehidupan kita. Tapi apa yang saya utarakan dientri kali ini ialah berkaitan dengan makanan dan minuman yang pastikan menjadi darah daging sampai kepada keturunan yang takkan habis-habis. Banyak perkara halal dan haram dinyatakan secara jelas, tetapi masih terdapat beberapa perkara yang tidak jelas. Untuk mengklasifikasikan perkara-perkara ini sebagai halal dan haram tentunya memerlukan perbincangan dan penjelasan. Ini yang digelar sebagai ‘Mashbuh’ atau ‘Syubhah’ iaitu perkara yang diragukan, mencurigakan atau dipersoalkan.

Allah berfirman lagi, “Dan makanlah dari apa yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada kamu sebagai rezeki yang halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah tuhan yang kamu beriman kepada-Nya.” Al-Ma’idah: 88

Sebenarnya semua makanan boleh dianggap halal kecuali perkara-perkara berikut (yang dikategorikan haram):

1. Babi atau apa sahaja yang berkaitan dengannya.
2. Binatang yang tidak disembelih mengikut syariat Islam atau mati sebelum disembelih.
3. Minuman beralkohol (arak).
4. Binatang-binatang pemangsa, burung-burung pemangsa dan sepertinya.
5. Makanan/minuman yang dicemari perkara-perkara di atas.

Makanan yang mengandungi bahan-bahan seperti gelatin, enzim-enzim, pengemulsi dan perisa itu menjadi perkara yang dipersoalkan (syubhah), kerana asal bahan-bahan tersebut tidak dipastikan. Ianya perlukan pengkajian dan penjelasan. Islam menggalakkan supaya umatnya menghindarkan diri daripada perkara syubhah kerana dibimbangi boleh mengundang kepada kelompok haram. Mengelak adalah jalan terbaik. Jika ia diragui, tinggalkan.

Anda boleh semak sama ada mana-mana syarikat mempunyai sijil halal JAKIM atau tidak melalui SMS:

HALAL<>SEMAK<>No. Pendaftaran Syarikat (ROC)
Contoh: HALAL SEMAK 12345X
hantar ke 15888

Mutiara kata sebagai renungan, “Good intention and naive doesn’t mean HALAL”. Wallahu’allam. :)

Gambar di atas kredit buat Ustaz Annamir.

Click here to signup

Category: Islam, Kesihatan | 3 Comments

Lookout | Lindungi Telefon Anda

Friday, July 23rd, 2010 | Author:

Berita baik kepada pengguna telefon pintar (smartphone). Saya baru sahaja mencuba dan menggunakan perisian anti-virus khusus untuk smartphone iaitu dikenali sebagai Lookout Mobile Security. Lookout adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan keselamatan khas untuk smartphone, dan perisian mereka telah digunakan oleh lebih satu juta pengguna hanya setelah beroperasi selama enam bulan sahaja.

Perisian Lookout berfungsi sama seperti menggunakan anti-virus di pc atau laptop. Ia melindungi telefon daripada ancaman virus, malware, risiko kehilangan data dan banyak lagi.

Pada masa ini Lookout menghubungkan dengan jaringan rangkaian di lebih 170 buah negara, dan ianya hanya sesuai kepada pengguna smartphone seperti BlackBerry, Android dan Windows Mobile. Lebih 80% di kalangan BlackBerry dan Android, manakala selebihnya adalah Windows Mobile. Tetapi buat masa ini 70% penggunanya adalah datangnya daripada Amerika Syarikat.

Apa yang menarik tentang perisian Lookout? Ianya dapat melindungi telefon dari ancaman virus, spyware, malware, melindungi data dalam telefon dan yang paling menariknya ialah dapat mengesan sekiranya telefon hilang atau dicuri. Lookout menghubungkan data terus kepada laman web khusus kepada pengguna setelah proses installasi ke telefon selesai dan proses pendaftaran berjaya. Selepas selesai intallasi, anda hanya perlu mendaftarkan alamat emel dan password. Seterusnya anda akan menerima satu emel mengatakan proses pendaftaran berjaya, buka pautan web yang diberikan (menggunakan username dan password anda) dan kemaskini maklumat telefon anda secara online seperti nombor telefon & lokasi Time Zone GST. Sebenarnya web tersebut telah dihubungkan terus dengan telefon anda secara online.

Sekiranya telefon anda hilang atau dicuri, 3 perkara yang menarik minat saya:

1. Dapat mengesan lokasi telefon tersebut berada melalui Google Map sekitar jarak 5 hingga 1000 kaki persegi. Emel turut dihantar kepada anda setelah lokasi dikesan.

2. Mengarahkan telefon anda membunyikan satu bunyi siren yang sangat kuat (saya dah cuba dan memang bunyi tu mampu menggelabahkan si pencuri atau dapat kesan di mana telefon diletak jika anda terlupa). Bunyi tersebut hanya boleh dimatikan apabila telefon anda dimatikan. Untuk keselamatan lebih terjamin, pastikan anda mengaktifkan password atau pin untuk menghidupkan semula telefon.

3. Segala data di dalam telefon anda boleh dipadamkan kesemuanya jika telefon anda tetap gagal ditemui. Segalanya boleh dilakukan secara online melalui laman web yang diberi dan anda perlu backup terlebih dahulu segala data tersebut dan akan disimpan di dalam web tersebut. Namun segala data di dalam telefon anda akan terpadam demi mengelakkan kecurian data. Apapun, data anda telah diselamatkan setelah backup ke web dilakukan dan ianya boleh dimasukkan semula ke telefon baru anda.

Setelah 6 bulan beroperasi, Lookout telah menemukan semula sejumlah 130,000 buah smartphone yang hilang atau dicuri, menyelamatkan dan mengembalikan semula data sebanyak 87 juta imej/foto dan 300 juta data nombor telefon contact pengguna-penggunanya.

Contoh paparan laman web pengguna Lookout

Jika anda pengguna smartphone dan masih belum ada sebarang perisian anti-virus, saya cadangkan anda mencuba Lookout. Bukan sahaja ianya bijak, malah yang penting ianya hanyalah percuma. Anda boleh download perisian ini di www.mylookout.com ;)

Category: Teknologi | 9 Comments

Get Adobe Flash player