Home

Archive » June, 2010 «

Bagaimana Tingkatkan Keyakinan Diri?

Monday, June 14th, 2010 | Author:

Pernah atau tidak anda rasa melakukan kerja yang hampir sama setiap hari? Atau sifat kemalasan semakin hari semakin menjadi-jadi? Adakalanya kita rasakan diri kita tidak berguna dan gagal. Banyak perkara yang kita lakukan tidak mendatangkan hasil yang baik. Akhirnya kita mula berputus asa dan tidak bersemangat. Kita akan menjadi orang yang tiada keyakinan diri yang mungkin boleh menjurus kepada kemurungan dan prestasi kerja semakin merosot. Saya ada beberapa tips untuk dikongsi dengan anda bagaimana cara tingkatkan keyakinan diri supaya kehidupan kita tidak terus gagal.

Langkah 1 : Tetapkan matlamat

Saya percaya bahawa keghairahan (passion) mampu menjadikan diri kita seorang yang bermotivasi. Untuk menjadikan diri bermotivasi, anda mesti menanam sikap ‘insya-Allah, boleh lakukan’. Jika anda hilang semangat di tempat kerja, anda perlu fikirkan sesuatu yang anda boleh lakukan yang membuatkan anda bersemangat… sama ada tugasan atau matlamat, sesuatu yang memberi keuntungan dan faedah kepada anda dan menambahkan keceriaan kepada diri anda. Jika kehidupan di rumah memerlukan perhatian anda, anda perlu lakukan beberapa perubahan, uruskan hal ehwal rumahtangga  dan mulakan apa-apa hobi baru dengan pasangan anda. ‘Passion’ boleh jadi api membara dalam diri anda, namun adakalanya ia akan padam dan anda perlu menyalakannya kembali ke arah mencapat matlamat yang ingin dicapai.

Fokuskan kepada satu tujuan sahaja pada satu-satu masa. Bekerjalah sebagai satu pasukan (teamwork) dan raikan kejayaan bersama rakan-rakan jika mencapai satu-satu kejayaan. Ingat, bila anda bekerja berpasukan bersama segalanya mungkin boleh dicapai. Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, kadangkala menyebabkan kita mahu lakukan segala-galanya dalam satu-satu masa sehingga menyebabkan hilang fokus atau matlamat.

Langkah 2 : Percaya kepada diri sendiri

Percaya kepada diri sendiri akan menjadikan kehidupan peribadi anda lebih bahagia dan berjaya. Bila kita tidak yakin kepada diri sendiri, kita akan berhenti berusaha dan hal remeh temeh akan menjadi terlalu besar dan menyusahkan. Jika kita tidak bahagia dan tidak seronok, kita juga mendorong orang lain merasai perkara yang sama.

Bagaimana kita fikirkan tentang diri kita adalah satu dorongan memungkinkan kita bergerak maju ke hadapan dalam kehidupan. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika sistem kepercayaan diri (self-belief system) tiada, kehidupan akan jadi sama setiap hari dan akhirnya membosankan. Kita impikan kehiduapan yang sempurna, tapi kita tidak cukup yakin untuk menjadikan impian itu tercapai, kita tidak mampu bergerak maju ke hadapan. Jika sistem kepercayaan diri kita berfungsi dan yakin pada diri sendiri seterusnya bertindak, impian kita boleh dicapai.. insya Allah.

Langkah 3 : Fokus dan beri tumpuan

Jika anda kurang bersemangat dan kurang berinspirasi, apa yang anda akan lakukan? Mudah saja…

- Beritahu orang lain tentang matlamat dan tujuan anda. Mungkin anda akan perolehi beberapa idea yang lebih hebat dari mereka, atau ianya mungkin mencambahkan banyak lagi idea dari diri anda sendiri.
- Catatkan matlamat di sesuatu tempat yang membolehkan anda melihat dan membacanya setiap hari dan setiap masa. Ianya mampu mengingatkan diri anda kepada matlamat yang mahu dicapai.
- Selidik bagaimana orang lain mampu capai matlamat seperti yang anda mahu dan lihat sama ada anda boleh dapatkan idea tambahan dari usahanya.
- Pastikan anda sentiasa fokus dan beri tumpuan sepenuhnya untuk mencapai matlamat tersebut.

Terapkan dalam diri anda kemahiran berfikiran secara positif (positive thinking skills), jika pemikiran negatif sering datang dalam pemikiran anda.. singkirkan segera dan kembali kepada mod positif anda. Fikirkan bagaimana akan anda rasakan bila matlamat anda tercapai. Bayangkan hasil yang positif.

Langkah 4 : Bertindak

Lakukan kerja secara konsisten setiap hari. Jangan hanya berpuas hati dengan apa yang ada, bertindaklah dan lakukan yang terbaik. Insya Allah anda pasti akan menjadi orang yang berjaya dan hebat satu hari nanti.

Ingat, kesabaran itu adalah sebahagian dari iman. Wallahuallam. ;)

Category: Renungan & Motivasi | 4 Comments

Ebook Percuma – Khas Untuk Fotografer Baru

Saturday, June 12th, 2010 | Author:

Kebelakangan ni ramai juga di kalangan rakan-rakan saya yang sangat berminat dengan fotografi. Ada yang dah memiliki kamera kompak (compact), malah ada juga yang sudah membeli DSLR tapi masih tak tahu menggunakan sepenuhnya. Dan ada juga yang sangat berminat tapi belum cukup rezeki untuk memiliki sebuah kamera DSLR, maklumlah harga sebuah DSLR bukannya murah. Apapun sabarlah, jangan pulak cita-cita belum tercapai, minat dah makin luntur. Banyak lagi cara untuk meneroka bidang fotografi ni. Kamera kompak pun akan menghasilkan foto yang superb kalau ada ilmu fotografi selengkapnya… gajet yang canggih hanya membantu memperhebatkannya saja. Cuma pastikan ‘passion’ sentiasa bersama, jangan ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’. :)

Baiklah, sebenarnya entri saya kali ni bukan nak berceloteh panjang pasal fotografi atau memberikan apa-apa review berkaitan gajet fotografi. Entri saya kali ni nak berikan ebook percuma kepada anda (jika berminat) dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Banyak buku di pasaran berkaitan dengan pengenalan asas fotografi, malah di internet juga terdapat banyak laman web yang memberi panduan tentang ilmu fotografi.. cuma berdasarkan pengalaman saya, agak meletihkan untuk melayari satu-satu laman web atau paparan mencari topik yang pelbagai. Ebook ini mengumpulkan semua kemahiran asas fotografi, termasuk tips pemilihan kamera Digital SLR yang sesuai dengan anda. Semuanya dikumpulkan dalam satu ebook ini.

Anda boleh klik link di bawah untuk download ebook ini (secara percuma sahaja):

www.ilhampersona.com

Ebook ini berbahasa inggeris dan berbentuk kompilasi topik yang telah disusun mengikut kemahiran. Selamat mendownload, selamat membaca dan selamat berfotografi…. ;)

Category: Fotografi | One Comment

Bebaskan Rakyat Palestin | Free Gaza

Thursday, June 10th, 2010 | Author:

Hanya untuk perkongsian, hayati lagu ini. Pernah dengar lagu-lagu Maher Zain? Anda pasti teruja.. :)

Baca artikel berikut berkaitan Zionis (rujukan daripada internet | telah diedit untuk kesesuaian | kredit untuk penulis asal):

Zionisme  dibawa ke dalam agenda dunia di akhir-akhir abad ke sembilan belas oleh Theodor Herzl (1860-1904), seorang wartawan Yahudi asal Austria. Baik Herzl mahupun rakan-rakannya adalah orang-orang yang memiliki keyakinan agama yang sangat lemah, jika tidak ada sama sekali. Mereka melihat “Keyahudian” sebagai sebuah nama ras, bukan sebuah masyarakat beriman. Mereka mengusulkan agar orang-orang Yahudi menjadi sebuah ras terpisah dari bangsa Eropah, yang mustahil bagi mereka untuk hidup bersama, dan bahawa penting ertinya bagi mereka untuk membangun tanah air mereka sendiri. Mereka tidak mementingkan pemikiran keagamaan ketika memutuskan tanah air manakah itu seharusnya. Theodor Herzl, sang pendiri Zionisme, suatu kali memikirkan Uganda, dan lalu dikenal sebagai “Uganda Plan.” Zionis kemudian memutuskan memilih Palestin. Alasannya adalah Palestin dianggap sebagai “tanah air bersejarah bagi orang-orang Yahudi”, dibandingkan segala kepentingan keagamaan apa pun yang dimilikinya untuk mereka.

Zionis melakukan usaha besar untuk mengajak orang-orang Yahudi lainnya menerima gagasan yang tak sesuai agama ini. Organisasi Zionis Dunia yang baru melakukan upaya propaganda besar di hampir semua negara yang berpenduduk Yahudi, dan mulai berpendapat bahawa Yahudi tidak dapat hidup dengan damai dengan bangsa-bangsa lainnya dan mereka adalah “ras” yang terpisah. Oleh karena itu, mereka harus bergerak dan menduduki Palestin.

Menurut negarawan Israel Amnon Rubinstein: “Zionisme (dulu) adalah sebuah pengkhianatan atas tanah air mereka (Yahudi) dan para Rabbi”. Oleh karena itu banyak orang-orang Yahudi yang mengkritik ideologi Zionisme. Rabbi Hirsch, salah satu pemimpin keagamaan terkemuka saat itu berkata, “Zionisme ingin menamai orang-orang Yahudi sebagai sebuah lembaga nasional.. yang merupakan sebuah penyimpangan.”

Pemikir Islam Perancis yang terkenal Roger Garaudy melukiskan hal ini dalam sebuah pembahasannya:

Musuh terburuk keyakinan Yahudi yang jauh ke depan adalah logika para nasionalis, rasis, dan kolonialis dari Zionisme kebangsaan, yang dilahirkan dari nasionalisme, rasisme, dan kolonialisme abad ke-19 di Eropah. Logika ini, yang menginspirasi semua penjajahan Barat dan semua perang antara satu nasionalisme dengan nasionalisme lainnya, adalah sebuah logika yang membunuh diri sendiri. Tidak ada masa depan atau keamanan bagi Israel dan tidak ada keamanan di Timur Tengah kecuali jika Israel meninggalkan paham Zionismenya dan kembali ke agama Ibrahim, yang adalah warisan bersama, bersifat keagamaan, dan persaudaraan dari tiga agama wahyu: Yudaisme, Nasrani, dan Islam.

Dengan cara ini, Zionisme memasuki politik dunia sebagai sebuah ideologi rasis yang menganut paham bahawa Yahudi seharusnya tidak hidup bersama dengan bangsa-bangsa lain. Ini adalah gagasan yang keliru yang menciptakan masalah parah bagi dan tekanan atas orang-orang Yahudi yang hidup dalam belenggu ini. Kemudian, bagi orang-orang Islam di Timur Tengah, pahaman ini membawa kebijakkan Israel tentang pendudukan dan perebutan wilayah bersama-sama dengan kemiskinan, keganasan, pertumpahan darah dan kematian.

Pendeknya, Zionisme sebenarnya adalah sebuah bentuk nasionalisme sekular yang berasal dari filsafat sekular, bukan dari fahaman agama. Tetapi, seperti dalam bentuk nasionalisme lainnya, Zionisme juga berusaha menggunakan agama untuk tujuannya dan kepentingannya sendiri.

Kesalahan Penafsiran Taurat oleh Para Zionis

Taurat adalah sebuah kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi Musa a.s. Allah berfirman dalam Al-Qur’an: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi)…” (Al-Qur’an, 5:44). Al-Qur’an juga berkata bahawa Taurat kemudian akan dikotori oleh perkataan manusia di dalamnya. Inilah sebabnya apa yang kita miliki saat ini adalah “Taurat yang sudah menyimpang.”

Akan tetapi, sebuah penelitian lebih dekat mengungkap adanya kebanyakan kebenaran agama yang terkandung dalam Kitab yang pernah diwahyukan ini, seperti keimanan kepada Allah, penghambaan diri kepada-Nya, bersyukur kepada-Nya, takut kepada Allah, cinta kepada Allah, keadilan, kasih sayang, cinta kasih, melawan kekejaman dan ketidakadilan, yang semuanya ditemukan di seluruh Taurat dan kitab lainnya dari Perjanjian Lama.

Terlepas dari ini, perang yang terjadi dalam sejarah dan pembunuhan yang terjadi kerananya juga disebutkan di dalam Taurat. Jika manusia ingin menemukan sebuah dasar, meskipun dengan memutarbelitkan kenyataan, untuk kekejaman, penindasan dan pembunuhan, mereka mampu menjadikan bab-bab dalam Taurat tersebut sebagai acuan. Zionisme memilih cara mutlak yang mengesahkan terorismanya, yang sebenarnya adalah sebuah terorisma fasis. Dan, ini sangat berhasil. Misalnya, Zionisme menggunakan bab-bab (dari Taurat) yang terkait dengan perang dan penindasan untuk mengesahkan penindasan orang-orang Palestin yang tak berdosa. Padahal, ini adalah sebuah penafsiran menyimpang yang disengajakan. Zionisme menggunakan agama untuk mengesahkan fasismanya dan ideologi rasisnya.

Para Zionis juga mendasarkan pernyataan mereka pada penafsiran mereka tentang ayat-ayat yang berhubungan dengan “orang pilihan” yang pernah dikurniakan Allah kepada orang Yahudi suatu kali. Beberapa ayat Al-Qur’an berhubungan dengan persoalan ini:

Hai Bani Israil, ingatlah akan ni’mat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat45. (Qur’an, 2:47)

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Bani Israil Al Kitab (Taurat), kekuasaan dan kenabian dan Kami berikan kepada mereka rezki-rezki yang baik dan Kami lebihkan mereka atas bangsa-bangsa (pada masanya). (Qur’an, 45:16)

Al-Qur’an menerangkan bagaimana pada suatu ketika Allah memberkati orang-orang Yahudi, dan bagaimana pada satu ketika lainnya Dia menjadikan mereka berkuasa atas bangsa-bangsa lain. Namun ayat-ayat ini tidaklah menyiratkan “orang pilihan” seperti apa yang dipahami orang-orang Yahudi radikal. Ayat-ayat tersebut menunjukkan kenyataan bahawa banyak nabi-nabi yang datang dari keturunan ini, dan bahawa orang-orang Yahudi memerintah di daerah yang luas pada saat itu. Ayat-ayat tersebut menerangkan bahawa dengan berkat kedudukan kekuasaan mereka, mereka “lebih diutamakan di atas semua manusia lain.” Ketika mereka menolak Isa, ciri ini pun berakhir.

Al-Quran menyatakan bahwa orang yang terpilih tersebut adalah para nabi dan orang-orang beriman yang Allah tunjuki kepada kebenaran. Ayat-ayat ini menyebutkan bahawa para nabi itu telah dipilih, ditunjuki jalan yang benar, dan diberkati. Berikut ini adalah beberapa ayat yang terkait dengan persoalan ini:

Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. (Qur’an, 2: 130)

Dan Kami lebihkan (pula) darjat sebahagian dari bapa-bapa mereka, keturunan dan saudara-saudara mereka. Dan Kami telah memilih mereka (untuk menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul) dan Kami menunjuki mereka ke jalan yang lurus. Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan. Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kitab, hikmat dan kenabian Jika orang-orang (Quraisy) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sekali-kali tidak akan mengingkarinya. (Qur’an, 6:87-89)

Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, aitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israel, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. (Qur’an, 19:58)

Namun orang-orang Yahudi radikal, yang mempercayai keterangan menyimpang, melihat “orang yang terpilih” sebagai ciri kebangsaan sehingga mereka menganggap setiap orang Yahudi terlahir unggul dan bahawa Bani Israil selamanya dianggap lebih unggul dari semua manusia lainnya. bangsa lain adalah sangat hina.

Penyimpangan kedua yang terbesar dari pemerhatian ini menampilkan anggapan keunggulan ini sebagai “suatu perintah untuk melakukan kekejaman atas bangsa lain.” Untuk tujuan ini, para Zionis membenarkan perilaku mereka melalui kebencian-kebencian turun-temurun yang bisa ditemukan dalam beberapa hal pada Yudaisme Talmud. Menurut pandangan ini, hal yang lumrah bagi orang-orang Yahudi untuk menipu orang-orang non-Yahudi, untuk merampas hak milik dan bangunan mereka, dan ketika diperlukan bahkan membunuh mereka, termasuk wanita dan anak-anak. Kenyataan menunjukkan, semua ini adalah kejahatan yang melecehkan agama sejati, karena Allah memerintahkan kita untuk melestarikan keadilan, kejujuran, dan hak orang-orang tertindas, dan hidup dalam kedamaian dan cinta.

Lebih jauh lagi, pernyataan anti-non-Yahudi ini bertentangan dengan Taurat itu sendiri, seperti ayat-ayat yang mengutuk penindasan dan kekejaman. Akan tetapi, ideologi rasis Zionisme mengabaikan ayat-ayat seperti itu untuk menciptakan sistem kepercayaan berdasarkan amarah dan kebencian. Tanpa mempedulikan pengaruh ideologi Zionis, beberapa orang Yahudi yang benar-benar percaya pada Allah akan mengetahui bahawa agama mereka mengajarkan mereka untuk tunduk pada ayat-ayat lainnya ini yang memuji perdamaian, cinta, kasih, dan perilaku etis, seperti:

Janganlah kamu berlaku tidak adil; janganlah engkau membela orang kecil dengan tidak sewajarnya dan janganlah engkau terpengaruh oleh orang-orang besar, tetapi engkau harus mengadili orang sesamamu dengan kebenaran. Janganlah engkau ke sana sini menyebarkan fitnah di antara orang-orang sebangsamu; janganlah engkau mengancam hidup sesamamu manusia; Akulah Tuhan. Janganlah engkau membenci saudaramu di dalam hatimu, tetapi engkau harus berterus terang menegur orang sesamamu dan janganlah engkau mendatangkan dosa kepada dirimu karena dia. (Perjanjian Lama, Imamat, 19:15-17)

Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut Tuhan dari padamu: selain berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu?” (Perjanjian Lama, Mikha, 6:8)

Jangan membunuh. Jangan berzina. Jangan mencuri. Jangan mengucapkan saksi dusta tentang sesamamu. Jangan mengingini rumah sesamamu … (Perjanjian Lama, Keluaran, 20:13-17)

Menurut Al-Qur’an pun, perang hanyalah khusus sebagai saranan mempertahankan diri. Bahkan jika perang akan diumumkan dalam suatu masyarakat, kehidupan orang-orang tak berdosa dan aturan hukum harus dilindungi. Suatu perintah untuk membunuh wanita, anak-anak, dan orang-orang tua tidak dapat disampaikan oleh agama manapun, kecuali hanya oleh tipu-daya yang berkedok agama. Dalam Al-Qur’an, Allah tidak hanya mengutuk jenis kebencian seperti ini namun juga menyatakan bahwa semua manusia sama dalam pandangan-Nya dan bahwa kelebihan seseorang itu tidaklah didasarkan pada ras, keturunan, atau segala kelebihan keduniaan lainnya, melainkan pada ketakwaan – cinta bagi dan kedekatan kepada Allah.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Qur’an, 49:13)

Terlepas dari agamanya yang palsu, alasan sesungguhnya dari ketidakmanusiawi dan kekejaman Zionisme adalah hubungannya dengan mentaliti penjajahan Eropah di abad ke sembilan belas. Penjajahan bukan semata sebuah sistem politik atau ekonomi; penjajahan juga sekaligus sebuah ideologi. Zionisme, yang percaya bahawa negara-negara industri Barat mempunyai hak untuk menjajah dan menduduki bangsa-bangsa terkebelakang di wilayah ini, melihat ini sebagai akibat alami dari sebuah proses “seleksi alam” internasional. Dengan kata lain, Zionisme adalah sebuah produk Darwinisme Sosial. Dalam kerangka ideologi ini, Inggeris menjajah India, Afrika Selatan dan Mesir. Perancis menjajah Indocina, Afrika Utara dan Guyana. Kerana terinspirasi oleh contoh-contoh ini, para Zionis memutuskan untuk menjajah Palestin bagi orang-orang Yahudi.

Kolonialisme Zionis menjadi jauh lebih buruk dibanding “rakan-rakannya” Inggeris dan Perancis, kerana paling tidak mereka (Inggeris dan Perancis) mengizinkan daerah pendudukan mereka untuk hidup (setelah menyerah) dan bahkan memberi sumbangan kepada negara pendudukan dengan pendidikan, pemerintahan yang adil, dan prasarana. Namun, seperti yang akan kita lihat nanti, para Zionis tidak mengakui hak-hak orang Palestin untuk hidup; mereka melakukan pembersihan etnik, dan tidak memberi apa pun kepada orang-orang yang mereka jajah. Anda mungkin bahkan berkata mereka tidak memberi satu batu-bata pun bagi orang-orang Palestin.

Sifat lainnya dari Zionisme adalah kepercayaannya kepada tema-tema propaganda palsu, mungkin yang paling penting adalah slogan mereka bahawa “sebuah tanah tanpa manusia untuk seorang manusia tanpa tanah.” Dengan kata lain, Palestin, “tanah tanpa manusia” harus diberikan kepada orang-orang Yahudi, “manusia tanpa tanah.” Dalam 20 tahun pertama abad kedua puluh, Organisasi Zionis Dunia menggunakan slogan ini dengan sepenuh hati untuk meyakinkan pemerintahan Eropah, khususnya Inggeris dan rakyatnya bahawa Palestin harus diserahkan kepada orang-orang Yahudi. Pada tahun 1917, Inggeris mengumumkan Deklarasi Balfour bahawa “Pemerintahan Yang Mulia memandang pentingnya pendirian di Palestin sebuah tanah air nasional bagi orang-orang Yahudi… di Palestin.”

Kenyataan menunjukkan, slogan “tanah tanpa manusia untuk manusia tanpa tanah” ini tidaklah benar. Ketika gerakan Zionis dimulai, orang-orang Yahudi tidaklah “tanpa tanah” dan Palestin pun bukannya tanpa manusia.

Orang-orang Yahudi tidaklah tanpa tanah kerana sebagian besar mereka hidup di berbaga negara dengan damai dan aman. Khususnya di negara-negara industri Barat, persekutuan ibadat Yahudi tidak punya keluhan apa pun tentang kehidupan mereka. Bagi sebagian besar mereka, gagasan meninggalkan negara mereka untuk pindah ke Palestin tidak pernah terlintas dalam benak mereka. Kenyataan ini akan muncul ketika ajakan Zionis untuk “Pindah ke Palestin” secara meluas diabaikan. Dalam tahun-tahun berikutnya, orang-orang Yahudi anti-Zionis yang kita bicarakan ini secara aktif menolak gerakan Zionis melalui ikatan-ikatan yang mereka dirikan sendiri.

Melalui Deklarasi Balfour, para Zionis merasakan dirinya berada dalam keadaan yang sulit ketika banyak saudara-saudara Yahudinya menolak pindah. Dalam hal ini, Chaim Weizman membuat kenyataan bahawa:

Deklarasi Balfour pada 1917 diputuskan di awang-awangan… setiap hari dan setiap jam dalam 10 tahun terakhir ini, ketika membuka surat khabar, saya berfikir: bila hembusan angin syurga lainnya datang? Saya bimbang kerana takut Pemerintah Inggeris akan memanggil saya dan bertanya: “Beritahu kami, apakah Organisasi Zionis ini? Di manakah mereka, para Zionis anda?” Orang-orang Yahudi, mereka tahu, menentang kami; kami berdiri sendiri di sebuah pulau kecil, sebuah kelompok Yahudi yang amat kecil dengan masa lalu yang asing.

Oleh karena itu para Zionis mulai terlibat dalam “kegiatan-kegiatan khusus” untuk “mendorong” pindahnya orang Yahudi ke Palestin, bahkan memaksa jika diperlukan, seperti mengganggu orang-orang Yahudi di negara-negara asalnya untuk meyakinkan bahawa pemerintah akan mengusir orang-orang Yahudi. (Rujuk Harun Yahya, Soykirim Vahseti (The Holocaust Violence,), Vural Yayincilik, Istambul, 2002). Dengan demikian, Zionisme mengembangkannya sebagai gerakan yang mengganggu dan mennindas rakyatnya sendiri.

Sekitar 100,000 orang Yahudi pindah ke Palestin antara tahun 1920-1929. Jika kita merenungkan bahawa ada 750.000 orang Palestin pada saat itu, maka 100, 000 pasti bukanlah jumlah yang kecil. Organisasi Zionis bertanggungjawab penuh atas perpindahan ini. Orang-orang Yahudi yang memijakkan kaki di Palestin ditemui oleh kelompok Zionis, yang menentukan di mana mereka akan tinggal dan pekerjaan apa yang akan mereka lakukan. Perpindahan ini didorong oleh pemimpin-pemimpin Zionis dengan berbagai imbalan. Akibat usaha yang giat di seluruh Palestin, Eropah dan Rusia, penduduk Yahudi di Palestin mencatat pertumbuhan yang pesat dalam hal jumlah dan tempat tinggalnya. Bersamaan dengan adanya peningkatan kekuasaan Parti Nazi, orang-orang Yahudi di Jerman menghadapi tekanan yang semakin meningkat, suatu perkembangan yang semakin mendorong perpindahan mereka ke Palestin. Kenyataan Zionis mendukung penindasan Yahudi ini adalah sebuah fakta, dan masih menjadi salah satu rahsia sejarah yang paling terpendam. (Rujuk Harun Yahya, Soykirim Vahseti (The Holocaust Violence), Vural Yayincilik, Istanbul, 2002)

Pertentangan Zionisme dengan Masyarakat Arab

Para Zionis tidak diragukan lagi telah melakukan kekejaman terburuk kepada orang-orang yang memiliki “sebuah tanah tanpa manusia”: orang-orang Palestin. Semenjak hari ketika Zionisme memasuki Palestin, para pengikutnya telah berusaha untuk menghancurkan orang-orang Palestina. Untuk memberi ruang bagi para imigran Yahudi, baik dipengaruhi oleh gagasan Zionis mahupun takut pada anti-Semitisme, orang-orang Palestin terus ditekan, diasingkan dan diusir dari rumah-rumah dan tanah-tanah mereka. Gerakan untuk menduduki dan mengasingkan ini, yang didorong oleh Israel pada tahun 1948, menghancurkan kehidupan ratusan ribu orang-orang Palestin. Hingga hari ini, sekitar 3.5 juta orang Palestin masih berjuang untuk kehidupannya sebagai mempertahankan hak dalam keadaan yang paling sulit.

Semenjak 1920-an, perpindahan orang Yahudi yang diorganisasikan oleh Zionis telah dengan mantap mengubah keadaan demografi Palestin dan telah menjadi sebab terpenting berlanjutannya pertentangan. Statistik yang terkait dengan peningkatan penduduk Yahudi ini secara langsung membuktikan kenyataan ini. Angka-angka ini adalah petunjuk penting tentang bagaimana sebuah kekuatan penjajahan dari luar negeri, kekuatan tanpa hak hukum atas tanah tersebut datang untuk merampas hak-hak penduduk asal.

Menurut catatan-catatan rasmi, jumlah pendatang Yahudi ke Palestin meningkat dari 100,000 pada tahun 1920-an menjadi 232,000 pada tahun 1930-an. Hingga tahun 1939, penduduk Palestin yang jumlahnya 1.5 juta orang telah termasuk 445,000 orang Yahudi. Jumlah mereka, yang hanya 10% saja dari jumlah penduduk 20 tahun sebelumnya, sekarang menjadi 30% dari seluruh penduduk. Pendudukan Yahudi juga berkembang pesat, dan pada tahun 1939, orang-orang Yahudi memiliki dua kali ganda dari jumlah tanah yang mereka miliki pada tahun 1920-an.

TAHUN & JUMLAH ORANG YAHUDI YANG PINDAH
1920 (September-Oktober) : 5,514
1921 : 9,149
1922 : 7,844
1923 : 7,421
1924 : 12,856
1925 : 33,801
1926 : 13,081
1927 : 2,713
1928 : 2,178
1929 : 5,249

Pengumuman rasmi Deklarasi Balfour petanda awal perpindahan Yahudi besar-besaran dan cepat ke Palestin. Senarai di atas memperlihatkan jumlah orang Yahudi yang berpindah ke Palestin sekitar tahun 1920 dan 1929. Selama tempoh  ini, sekitar 100,000 orang Yahudi telah memasuki Palestin.

Pada tahun 1947, seramai 630,000 orang Yahudi di Palestin dan 1.3 juta orang Palestin. Antara tarikh 29 November 1947, ketika Palestin diberi dinding pemisah oleh PBB, dengan 15 Mei 1948, organisasi teroris Zionis merampas tiga perempat Palestin. Selama masa itu, jumlah orang-orang Palestin yang tinggal di 500 kota besar, kota kecil dan desa menurun secara drastik dari 950,000 menjadi hanya 138,000 akibat serangan dan penindasan. Ada di antaranya terbunuh, ada ada antaranya diusir.

Dalam menjelaskan kebijakkan pendudukan yang diterapkan Israel pada tahun 1948, revisionis Israel yang terkenal, Ilan Pappe membuka sebuah rahsia, rencana tak tertulis untuk mengusir orang-orang Arab dari Palestin. Menurut rencana ini, setiap desa atau pendudukan Arab yang tidak menyerah kepada kekuatan Yahudi, yang tidak akan mengibarkan bendera putih, akan dihapuskan, dihancurkan dan orang-orangnya diusir. Setelah keputusan ini dilaksanakan, hanya empat desa yang mengibarkan bendera putih; kota-kota dan desa-desa lainnya pasti akan menjadi sasaran pengusiran.

Dengan cara ini, 400 desa Palestin terhapus dari peta. Hak milik yang ditinggalkan orang-orang Palestin dikuasai oleh orang-orang Yahudi, atas dasar Hukum Hak Milik Tak Ditempati. Hingga tahun 1947, kepemilikan tanah orang-orang Yahudi di Palestin adalah sekitar 6%. Pada saat negara Israel rasmi didirikan, kepemilikan itu telah mencapai 90% dari seluruh tanah di Palestin.

Program perpindahan yang diorganisasikan oleh para pemimpin Zionis dilaksanakan dengan segera dan cepat, dimulai pada awal 1900-an. Orang-orang Yahudi yang pindah dari Afrika Utara, Soviet Union dan berbagai-bagai negara Timur Tengah menidakkan hak penduduk di Palestin untuk keuntungan orang-orang Yahudi.

Selama kekuasaan Inggeris, lebih dari 1500 orang Palestin yang berjuang untuk kemerdekaannya terbunuh dalam pertempuran yang dilakukan oleh tentera-tentera Inggeris. Di samping itu, ada pula beberapa orang Palestin yang ditahan oleh Inggeris keraa menentang pendudukan Yahudi. Tekanan pemerintah Inggeris menyebabkan kekerasan serius terhadap mereka. Namun, terorisme Zionis tak terbanding kekejamannya. Kekejaman Zionis, yang sebegitu hebat menandakan berakhirnya Kekuasaan Inggeris, meliputi pembakaran desa-desa, penembakan wanita, anak-anak dan orang tua seolah sebuah hukuman mati; penyeksaan korban-korban tak berdosa,; dan pemerkosaan wanita-wanita dewasa dan remaja.

Sekitar 850,000 orang Palestin yang tidak tahan akan kekejaman dan penindasan ini meninggalkan tanah dan rumah mereka dan tinggal di Tepi Barat, Jalur Gaza, serta di sepanjang perbatasan Lebanon dan Yordania. Sekitar satu juta orang Palestin masih tinggal di kampung-kampung perkongsian ini, sementara 3.5 juta yang lainnya tinggal sebagai penduduk jauh dari tanah air mereka sendiri.

Tanah Palestin dibagi kepada 4 wilayah:

1) Wilayah Inggeris
2) Wilayah Arab
3) Wilayah Yahudi
4) Wilayah Antarabangsa

Ketika Palestin berada di bawah kekuasaan Inggeris setelah Perang Dunia I, gelombang besar perpindahan Yahudi ke daerah ini dimulai. Perpindahan ini lambat laun mulai meningkat pesat. Selama masa ini, beberapa badan didirikan untuk menentukan bagaimana orang Yahudi dan Palestin berbahagi tanah. Badan yang terkenal adalah the Peel Commission, yang diketuai oleh bekas Menteri Luar Negeri Inggeris untuk India, Lord Earl Peel, dan Morrison-Grady, yang dibentuk melalui Perjanjian Amerika-Inggeris. The Peel Commission mengusulkan agar pengawasan Inggeris ditingkatkan dan daerah ini dibagi antara kedua kelompok, hanya Jurusalem dan Haifa yang tetap di bawah kekuasaan Inggeris dan akan terbuka untuk pemerhati antarabangsa. Morrison-Grady Plan mengusulkan agar Palestin dibagi atas empat daerah terpisah. Namun, anggota badan ini tidak memperhitungkan bahawa tanah yang sedang mereka bagi ini dimiliki oleh orang-orang Palestin secara mutlak selama berabad-abad, dan tak seorang pun mempunyai hak untuk memaksa mereka membahaginya bertentangan dengan kehendak mereka.

Orang-orang Palestin yang hidup di perkampungan hari ini menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan yang paling asas sekalipun. Mereka hanya mampu menggunakan air dan lektrik jika orang Israel mengizinkannya, dan berjalan berbatu-batu untuk bekerja demi upah yang amat rendah. Bagi mereka yang pergi bekerja atau mengunjungi keluarga yang tinggal di perkampungan, perjalanan itu seharusnya tidak lebih dari 15 minit saja. Akan tetapi, kejadiannya sering berubah menjadi mimpi buruk kerana pemeriksaan pengenalan diri di tempat-tempat pemeriksaan yang sering dilakukan, di mana para tentera yang bertugas melakukan kepada mereka penghinaan dan penindasan. Mereka tidak dapat berpindah dari tempat A ke tempat B tanpa passport. Dan kerana tentera-tentera Israel sering menutup jalan untuk alasan untuk “keamanan,” orang-orang Palestin sering tidak dapat pergi bekerja, pergi ke tempat yang ingin mereka tuju, atau bahkan untuk ke klinik atau hospital ketika mereka jatuh sakit. Bahkan, orang-orang yang hidup di perkampungan tiap hari hidup dalam rasa takut akan dibom, dibunuh, dilukai dan ditahan, kerana pemukiman orang-orang Yahudi fanatik di sekitar kampung menjadi ancaman besar, dan sering dalam ketakutan kerana bimbang penindasan dan serangan yang dilancarkan oleh penduduk Yahudi fanatiknya bila-bila masa sahaja.

Tentunya, diusir dari rumah dan dipaksa meninggalkan tanah asal seseorang mengakibatkan banyak kesulitan. Namun, inilah takdir Allah. Sepanjang sejarah, masyarakat Muslim telah terusir dari rumah mereka dan menghadapi berbagai jenis tekanan, penyeksaan dan ancaman oleh orang-orang yang tak beriman. Para pemimpin yang kejam atau orang-orang yang menggunakan kekuasaan sering mengusir orang-orang yang tak berdosa dari tanah mereka hanya kerana keturunan atau keyakinan mereka. Apa yang diderita oleh orang-orang Islam di banyak negara, juga orang-orang Palestin, telah diwahyukan di dalam Al-Qur’an. Namun Allah membantu semua orang yang tetap sabar, menunjukkan akhlak terpuji dan menolak menakut-nakutkan orang lain meskipun mengalami kekerasan. Seperti yang Allah nyatakan dalam Al-Qur’an:

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.” (Qur’an, 3:195)

Dengan demikian, akan datang suatu hari ketika semua orang-orang Palestin akan hidup dalam kedamaian, keamanan dan persaudaraan. Tapi ini hanya dimungkinkan dengan menyebarluaskan akhlak Al-Qur’an antara manusia, kerana akhlak seperti itu bersifat memaafkan dan toleransi; mempertahankan kedamaian; menekankan pada cinta kasih; rasa hormat dan kasih sayang; dan pengikutnya saling berlumba untuk beramal soleh. Ketika akhlak yang baik ditunjukkan, penindasan dan gangguan tidak dapat hidup. Dan lebih jauh lagi, ketika akhlak ini ditunjukkan dengan sepenuh hati, persaudaraan Muslim akan meningkat dan mereka akan mendapatkan kekuatan untuk melakukan sebuah perjuangan intelektual melawan kekejaman. Oleh kerana itu, menerapkan sistem tata perilaku al-Quran akan membawa kita menuju akhir dari kekejaman tidak hanya di Palestin, melainkan juga di seluruh dunia. Kewajipan umat Islam adalah menyebarluaskan tata perilaku tersebut.

Tahniah kerana anda membacanya sampai habis. Anda prihatin. Semoga kita mampu bangkit (yang termampu) menentang kezaliman-kezaliman ini… insya-Allah.

Category: Topik Bebas | Leave a Comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes