Home

Archive » May, 2010 «

Tips Tambah Pengunjung Web Anda

Saturday, May 01st, 2010 | Author:

Adakah anda miliki laman web atau blog sendiri? Tidak kiralah sama ada ianya berbentuk personal, perkhidmatan percuma, sosial atau perniagaan, tentunya anda mahu ianya dapat menarik perhatian pengunjung (yang ramai). Saya hanya ingin berkongsi sedikit tips dengan anda (pembaca blog saya) tentang bagaimana meningkatkan ranking dan trafik ke web/blog anda.

  • Pastikan web/blog anda mempunyai isi kandungan, produk atau perkhidmatan yang bernilai dan bermanfaat.
  • Letakkan katakunci (keyword) yang penting dalam 25 perkataan pertama di kandungan halaman dan cuba mengulanginya di sepanjang artikel atau teks.
  • Masukkan katakunci (keyword) di ruangan atau tempat rujukan yang betul seperti ruangan tajuk, META Tags, POST Tags, header dan sebagainya.
  • Pastikan web/blog anda mempunyai rekabentuk yang simple, jadi mudah untuk pengunjung atau pelanggan melihat/meninjau dari satu halaman ke satu halaman yang lain. Kenalpasti perkhidmatan atau produk apa yang mereka cari atau ingin beli.
  • Daftar atau masukkan web anda (semua halaman, bukan hanya halaman utama sahaja) ke mana-mana enjin carian atau perkhidmatan direktori. Upah/minta bantuan seseorang yang mahir lakukan, jika perlu. Lakukan secara manual supaya mudah dipantau. Gunakan mana-mana online tools untuk lakukan pemantauan (keep track).
  • Sentiasa lakukan pemantauan di enjin carian yang didaftarkan supaya sebarang perubahan/pengubahsuaian dapat dikenalpasti, ini akan mempastikan kedudukan web/blog anda di enjin carian tersebut kekal berada di kedudukan yang tinggi.
  • Rajin-rajinlah meninjau laman web/blog pesaing anda yang berada di kedudukan lebih baik dalam enjin carian. Cuba lakukan sepertimana yang dilakukan, bagaimana cara yang menyebabkan dia berada di kedudukan top ranked seperti bagaimana rekabentuk web, apa isi kandungan, apa katakunci (keyword) dan lain-lain.
  • Gunakan perkhidmatan report dan logs daripada syarikat web hosting yang anda langgan. Dapatkan sumber maklumat tentang pelawat yang mengunjungi web anda seperti dari mana lokasi, datang dari web/link mana, apa katakunci yang digunapakai untuk carian dan sebagainya.
  • Berikan kemudahan kepada pengunjung anda supaya mudah untuk mereka mengingati web anda seperti menyediakan borang langganan newsletter/buletin, ebook percuma, kupon diskaun dan sebagainya.
  • Tampilkan info lengkap tentang diri atau syarikat anda seperti biodata, profail syarikat, lokasi, perkhidmatan yang ditawarkan.. atau sediakan satu ruangan koleksi artikel yang anda hasilkan sendiri membuktikan kepakaran anda dalam sesuatu bidang bersesuaian dengan produk atau perkhidmatan apa yang anda tawarkan. Jadi sekaligus, anda akan dilihat sebagai seorang yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut.
  • Jika menjual sesuatu produk atau perkhidmatan secara online, sediakan cara-cara pembayaran yang mudah dilakukan oleh pengunjung atau pelanggan. Begitu juga pastikan cara penghantaran produk kepada pelanggan juga dipermudahkan.
  • Upah seorang yang pakar, jika anda tiada kemahiran. Mungkin bunyinya agak mahal, tapi rasanya lebih baik berbanding jika anda hanya menyediakan laman web yang tiada pengunjung atau tiada pelanggan.
  • Jangan jadikan web anda bersifat statik, buatlah pembaharuan dan perubahan dari semasa ke semasa supaya ianya lebih menarik. Samalah jika anda punyai sebuah kedai runcit yang keadaannya sama sejak mula-mula dibuka hingga sekarang tanpa ada perubahan atau pengubahsuaian yang lebih menarik, walaupun sudah 3 tahun beroperasi, tentunya pengunjung pun naik bosan. Jadi, sentiasalah jadikannya lebih dinamik untuk menambah pengunjung yang berbagai-bagai.

Sekadar perkongsian, jangan hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ je. Keseriusan anda menjamin kejayaan, walaupun mungkin mengambil sedikit masa. Sabar sebahagian daripada keimanan. Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Pekerja. :)

Category: Perniagaan Internet, Teknologi | Leave a Comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes