Home

Archive » March, 2010 «

Rumahtangga, Suami & Isteri

Sunday, March 28th, 2010 | Author:

‘Sedangkan lidah lagi tergigit.. inikah pula suami isteri’. Begitu indah perumpamaan melambangkan keintiman dan kemesraan hidup berumahtangga. Setiap suka duka perlu ditempuhi bersama. Kalau zaman bercinta segala-gala yang dilakukan adalah yang terbaik bagi menawan hati si kekasih tetapi bila masuk ke alam berumahtangga, semua sifat dan tabiat pasangan tidak dapat diselindung lagi.

Tidak dinafikan pertemuan jantina yang bersifat berlainan hasil dari latarbelakang dan didikan keluarga yang berbeza menjurus kepada berlakunya konflik dalam hidup rumahtangga. Perkara kecil bagi si suami seperti membiarkan tuala atas lantai mungkin sesuatu perkara yang biasa bagi suami tetapi sesuatu ‘pantang’ paling besar buat si isteri yang boleh menjurus kepada perbalahan. Perkara yang dianggap kecil oleh si suami tetapi sebaliknya bagi si isteri ini yang perlu segera diberi perhatian kerana sekiranya dipendam tidak mustahil akan membuak akhirnya dan memberikan implikasi besar terhadap sesuatu perhubungan.

Menurut pandangan Pakar Perunding Perkahwinan dan Perhubungan Keluarga, Dr Charles Goza, tekanan berlaku apabila seseorang terpaksa bertindak balas terhadap perkara yang dipertanggungjawabkan. Punca ketegangan boleh bermula dari ciri keperibadian seperti penampilan, cara mengendalikan sesuatu hingga kepada faktor persekitaran seperti kerja, rumah tangga dan amalan pemakanan tidak sihat.

Konflik yang berlaku antara pasangan amat sukar dihuraikan dan boleh terjadi begitu saja tetapi sebelum menyedarinya anda sudah pun melukai perasaan satu sama lain sehingga sesetengah orang menyamakan pengalaman itu seperti seorang pencuri yang senyap-senyap masuk ke dalam rumah lalu mencuri segala yang ada tanpa seorang pun menyedarinya.

Beberapa soalan untuk ditanya kepada diri sendiri dan perkara yang perlu dilihat bagi memperoleh petunjuk sama ada anda berdua kerap menghadapi konflik ialah…

“Kami tidak dapat membincangkan isu yang dipertikaikan dengan tenang?”

“Kami menengking dan mencaci satu sama lain?”

“Kami tidak berupaya untuk menyokong pandangan dengan fakta?”

“Kami merajuk dan enggan bercakap satu sama lain?”

“Apabila salah seorang naik darah, kami meninggalkan bilik dengan kasar?”

Atau… “Kami melempar barang antara satu sama lain?

Sekiranya dapat mengenalpasti bahawa anda mengalami sekurang-kurangnya tiga daripada situasi di atas, ia bermakna anda berada dalam konflik. Antara yang mungkin dihadapi ialah degupan jantung kencang, tapak tangan berpeluh, pening kepala, ketegangan otot, marah dan resah. Apabila konflik memuncak ia memang sukar dileraikan, tiada kesudahan, pelbagai kata kesat terhambur akibatnya adalah rasa geram, sakit hati dan perasaan terluka. Faktor paling penting dalam mana-mana hubungan ialah sikap tolak ansur kerana ia akan melahirkan persefahaman, diikuti dengan perkongsian perasaan dan hasrat mahukan yang terbaik untuk satu sama lain.

Rasa marah biasanya wujud apabila seseorang itu merasakan dirinya tidak dihargai dan dikehendaki. Apabila ini berlaku pasangan perlu belajar menunjukkan kasih sayang antaranya dengan memberi bunga, hadiah atau kad ucapan tetapi paling berharga ialah dengan pengucapan kasih sayang.

Sesuatu hubungan kerap kali menjadi hambar apabila tiada usaha daripada pasangan untuk menghangatkannya kembali. Satu kaedah yang amat penting ialah keperluan untuk berhenti sejenak dan mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh pasangan.

Luangkan masa setiap hari untuk mendengar keperluan dan apa yang dialaminya, ketika ini cuba sedaya upaya untuk mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh pasangan. Ketika pasangan bercakap, berhenti dan jangan menyampuk apa yang hendak diperkatakannya. Walau seakrab mana hubungan dengan pasangan, kita tidak seharusnya terperangkap dengan anggapan bahawa kita mengetahui semua keperluan pandangan dan mengambil mudah terhadapnya. Sentiasa bertanya mengenai keperluannya, dan ini amat membantu. Dengan cara ini, pasangan berasa dirinya dihormati dan selamat kerana mengetahui bahawa anda berusaha mengambil berat keperluannya.

Banyak perhubungan yang berkekalan dibina dengan asas kepercayaan yang telus dan keteguhan itu pula dijamin oleh kesedaran bahawa kedua-dua pasangan mengambil berat keperluan satu sama lain. Hidup berumahtangga memerlukan komitmen yang tinggi dalam banyak perkara dan komunikasi dalam setiap perkara adalah perlu dalam mencapai pelbagai keputusan untuk kebaikan bersama. Semoga berbahagia selalu.. ;)

Category: Renungan & Motivasi | One Comment

Terkilan! Sangat Terkilan!!

Tuesday, March 23rd, 2010 | Author:

Jika anda mengikuti perkembangan blog saya, tentu masih ingat pada post saya terdahulu http://wirasutra.com/blog/ranking-web-pendidikan, tapi nampaknya keseronokan saya tidak bertahan lama. Hari ni (23 Mac) saya dapati ranking tersebut SUSPENDED oleh pihak webhosting yang saya langgan, bila saya hubungi mereka, jawapan diberikan ialah atas sebab ianya (web tersebut) terlalu banyak menyumbang trafik sehingga server mereka overloaded. Mereka nasihatkan supaya saya gunakan/langgan dedicated server (server sendiri), tapi rasanya saya tak sanggup sebab kosnya agak tinggi sedangkan ranking tersebut tiada sebarang ruang iklan ditawarkan dan ianya percuma saja untuk membantu web-web berunsurkan pendidikan.

Dedicated servers are the ideal medium for people to host web site and Internet services that require the maximum level of performance, bandwidth, configurability and security.

With dedicated server(s) you are in complete control of your machine and can install any application you need. Your machine’s CPU cycles, disk storage and memory will not be shared with anyone else.

Saya menyusun sepuluh jari kepada admin/webmaster yang telah mendaftar ranking tersebut. Apakan daya saya.. saya tidak mampu nak buat apa-apa untuk mengembalikan semula web ranking tersebut selain melanggan pakej dedicated server yang saya sebutkan. :(

Category: Teknologi | Leave a Comment

Keyakinan Diri Teras Kejayaan

Friday, March 19th, 2010 | Author:

Kadangkala terdetik di hati perasaan rendah diri yang mengundang kepada perasaan kurang yakin dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya sikap merendah diri adalah satu sikap yang baik, tapi bukanlah yang mendorong kepada tingkahlaku negatif yang akhirnya (mungkin) memakan diri. Apa sahaja yang kita lakukan, mesti ada keyakinan diri yang tinggi, barulah setiap perkara membuahkan hasilnya yang terbaik.

Penulis agung Jerman pernah memberi kenyataan bahawa tidak ada kesulitan besar yang tidak boleh dihadapi oleh individu yang mempunyai kepercayaan diri. Kepercayaan diri akan menyingkirkan semua kesukaran, masalah dan penghalang dalam kehidupan sehari-hari yang pada kebanyakan orang masih jauh dari pencapaian cita-cita mereka.

Hidup bukanlah perjudian, kecuali kalau kita memang menganggapnya begitu. Kita membuatnya menjadi begitu apabila gagal memberikan jawapan terhadap diri kita sendiri. Kita punyai kemampuan untuk berbuat apa saja yang pernah dilakukan oleh orang lain. Inilah warisan kita yang tidak ternilai. Inilah hak asasi kita untuk terus berjaya.

Untuk meningkatkan kejayaan di dalam bidang apa pun, pertama sekali kita harus melihat ke dalam diri kita dan mempunyai kepercayaan terhadap diri kita sendiri. Ketika kita percaya bahawa kita boleh, maka kita telah menciptakan kekuatan supaya kita boleh berjaya. Hal ini akan terus menyertai diri kita dalam amalan untuk mendapatkan penampilan diri.

Orang miskin tetap miskin terutama kerana ketidakpercayaan mereka terhadap diri sendiri. Kebanyakan orang menyumbang sedikit kepada peradaban kerana pembatasan mereka terhadap diri sendiri. Peniaga atau penjual yang paling produktif mempunyai keyakinan terhadap kemampuan mereka untuk menjual dan mereka terus bertahan pada tugas mereka sehingga mencapai kejayaan dan keuntungan.

Kebiasaannya percaya pada diri boleh diperolehi dengan melihat alam sekeliling dan keluar dari dalam diri. Lihatlah ke dalam diri, tanpa berpura-pura dan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah hidup. Percayalah bahawa kita diciptakan untuk kejayaan. Belajarlah untuk menjadi orang yang berfikiran berjaya. Milikilah keyakinan pada diri sendiri. Orang lain dapat kepercayaan diri mereka ketika mereka boleh mengatasi halangan kecil dalam hidup iaitu ketika mereka mendapatkan kejayaaan kecil. Kemudian mereka mencapai yang lebih tinggi dan tinggi lagi dengan mengenali kenyataan bahawa diri mereka sama dengan yang lainnya.

Kepercayaan diri akan menyuburkan kehidupan, walaupun yang paling sukar sekalipun. Yakinlah pada diri sendiri.. :)

Category: Renungan & Motivasi | 2 Comments

Get Adobe Flash player