Ubah Cara Hidup Sebab Petrol
Monday, December 28th, 2009 | Author: Wan
Hari ini saya akan menukar sedikit cara hidup. Memandangkan peningkatan kos harga petrol kebelakangan ni semakin menjadi-jadi, dan mungkin lebih menjadi-jadi lagi pada tahun depan.. jadi saya ambil keputusan muktamad beralih kepada pengangkutan baru dalam perjalanan seharian saya (sama ada ke tempat kerja atau ke mana saja) yang lebih menjanjikan 100% penjimatan petrol.
Ini yang saya maksudkan.. Yamaha FZ150i

Setelah berfikir berkali-kali, akhirnya jentera ini menjadi pilihan saya untuk membawa saya ke tempat kerja, bersiar-siar, ke masjid/surau, ke pasar atau ke mana saja (kecuali balik kampung). Setelah bertanya, menyelongkar di forum-forum berkaitan.. saya pasti pilihan ini adalah sangat tepat.
Kenapa pilih motor ni ye? Macam orang muda-muda pulak seleranya. Hehe..
saya dah berumur pun. Taklah, sebenarnya motor ni sesuai untuk orang yang sebaya saya. Rasanya orang muda-muda tak suka motor macam ni. Lagipun banyak sebab saya pilih, antara sebabnya kerana motor ni sangat menjimatkan petrol, sangat selesa dan sesuai dengan tubuh badan saya kot..
Nampaknya ada ler orang yang berpanas berhujan selepas ni ye..
Category: Topik Bebas | 2 Comments



