Home

Archive » November, 2009 «

Bagaimana Aktifkan Yahoo Messenger Serentak?

Monday, November 02nd, 2009 | Author:

Mengikut lazimnya, dah tentu sebahagian besar daripada anda tersenyum membaca tajuk post saya, kerana ramai yang dah tahu perkara ni. Saya hanya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat yang mungkin belum tahu caranya. Ada bukan? :)

Mungkin majoritinya ramai punyai hanya satu akaun ID Yahoo Messenger, tapi bagaimana jika anda punyai dua ID berlainan? Bagaimana cara untuk membuka akaun ID Yahoo Messenger anda serentak (dalam masa yang sama)?

Caranya mudah saja, ikut langkah di bawah..

[1] Langkah pertama klik butang menu ‘Start’ dan pilih ‘Run’..
[2] Taip perkataan ‘regedit’, klik OK
[3] Kemudian pilih ‘HKEY_CURRENT_USER’ >> Software >> Yahoo >> pager >> Test
[4] Klik kanan pada folder Test >> pilih New >> pilih DWORD Value
[5] Namakan dia ‘plural’
[6] Klik kanan pada plural >> pilih Modify
[7] Tukar 0 kepada 1 dan klik OK.

Tadaa.. siap!

Sekarang anda boleh buka 2 akaun Yahoo Messenger yang berlainan secara serentak. Kalau nak 3 atau seterusnya, ubah saja angka pada langkah 7. Selamat mencuba. ;)

[+] Anda boleh muatturun perisian Yahoo Messenger terkini di http://messenger.yahoo.com/download/win

Category: Teknologi | Leave a Comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes