Melayu + Islam
Wednesday, November 18th, 2009 | Author: Wan
Pernah atau tidak anda ditipu? Anda tipu jika kata tak pernah ditipu..
Lebih pedih bila ditipu oleh seorang manusia melayu dan Islam yang perwatakan raut muka semacam Osama Laden, yang mengaku pernah terlibat dengan amalan tabligh, pernah keluar sana-sini berdakwah (konon) dan bila berkata-kata asyik bercerita tentang kisah rasulullah dan para sahabat. Lebih terasa pedih bila kita sangat mengenali dia, termasuk anak-anak dan isterinya. Dan akhirnya kita diperbodohkan.
Saya masih terasa sangat terhina setelah 3 bulan rumah diubahsuai siap. Setelah habis RM35,000 buat pinjaman bank yang perlu membayar balik sehingga pencen, tetapi hasil ubahsuai semakin hari semakin menampakkan kepincangan, retak sana-sini dan rosak segala macam. Itulah hasil penangan seorang manusia ‘berjanggut panjang’ yang saya maksudkan di atas yang bekerjaya sebagai seorang kontraktor (dan penipu besar).
Secara dasarnya dia adalah seorang manusia yang sangat mencemarkan golongan tabligh, cara berpakaian, perwatakan dan percakapan yg serupa itu.. tapi tidak pada tingkahlaku dan pekerjaan. Saya harap dia adalah manusia yang sedar tentang halal haram mendapatkan rezeki menyuapkan nasi ke mulut anak dan isteri.
Kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk buat sebarang renovation rumah atau apa saja berkaitan, sekadar nasihat saya untuk mendapatkan tukang atau kontraktor..
[1] Jangan terlalu mudah percaya dan yakin hanya kerana kita mengenalinya.
[2] Melayu ada yang sudah lupa. Lebih baik upah orang cina walaupun bayaran lebih sedikit tapi hasil kerja baik dan puas hati. Mereka lebih menjaga reputasi dan nama.
[3] Pastikan mulakan segala urusan dengan segala dokumen lengkap seperti quotation, resit pembayaran, pelan ubahsuai dan sebagainya. Itu kesilapan besar saya, dan saya tidak dapat sedikit pun peluang untuk buat report polis, tiada bukti lengkap.
[4] Jangan habiskan semua pembayaran setelah rumah siap diubahsuai, tunggu 3 atau 4 bulan baru selesaikan bayaran penuh kepada kontraktor selepas kita betul-betul berpuas hati rumah kita sangat selamat untuk diduduki selepas kerja ubahsuai selesai (dan tidak ditipu).
[5] Cuba elakkan guna khidmat kontraktor yang kerjanya hanya tahu tunjuk sana tunjuk sini, jika anda mahu menjimatkan kos, cari tukang yang boleh uruskan kesemua urusan (maksudnya dialah kontraktor dan dialah juga tukang, sama-sama buat kerja). Malanglah nasib seperti saya yang dapat kontraktor yang hanya datang menjenguk sekali seminggu (itu pun setelah diminta datang).. tapi hasil kerja hancur!! HANCURR!!!
[6] Beli barang keperluan sendiri, jika tidak.. anda mungkin berhadapan masalah lebihan bajet kerana manusia yang rakus tamak akan ‘makan’ duit anda hasil harga barang-barang binaan seperti tiles, simen, cat dan sebagainya. Lagi malang bila banyak duit dikeluarkan untuk membeli barang keperluan binaan secukupnya, tapi kontraktor bertindak mencatu untuk merealisasikan sikap rakus dan tamak. Akhirnya akan berlakulah masalah dinding retak kerana kurang simen atau rosak sana-sini kerana material binaan murah dan tidak berkualiti.
[7] Bincang secara profesional, apa yang kita nak hasilnya bila siap. Jangan hanya setiap kali bincang kita diminta belanja makan nasi di restoran mamak yg mahal, McDonalds dan segala macam lagi, tapi hasil perbincangan hanya dicatat di atas sehelai kertas kecil sebesar buku catatan 555, dan akhirnya memberi alasan yang sama dan sama.. “Sorilah Wan, aku tak ingat kat mana aku letak kertas tu..”.
Segala panduan di atas berdasarkan pengalaman pahit saya. Luahan dan penderitaan. Selepas 3 bulan, sekarang saya terpaksa berusaha mencari bajet lain membaiki semula segala kerosakan yang berlaku hasil ‘kerja ubahsuai’ yang baru je siap (kononnya).
Category: Topik Bebas | 4 Comments



