Home

Archive » October, 2009 «

Dua Golongan Penghuni Neraka

Friday, October 30th, 2009 | Author:

Sempena hari Jumaat yang mulia dan indah ni, rasanya elok saya berbicara tentang kerohanian untuk renungan kita bersama. Satu petikan hadis daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.

Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.   (Hadis Riwayat Muslim)

Golongan yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ini dapat kita lihat pada   hari ini. Ada golongan yang memukul orang lain tanpa disoal siasat. Golongan kedua yang disebutkan di dalam hadis ini, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang.

Pada hari ini ramai juga yang berpakaian dengan pakaian yang nipis sehingga  menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti bonggol unta. Kedua-dua golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas tidak akan masuk  ke dalam syurga bahkan bau syurga juga tidak akan dapat dihidu, sedangkan wangi syurga boleh tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya. Fikir-fikirkan. Wallahu’allam.

Category: Renungan & Motivasi | Leave a Comment

Masih Bercerita Tentang Blog?

Tuesday, October 27th, 2009 | Author:

Hrmm… sejak menukar tema blog ni, tak tahu kenapa terlalu rajin rasanya untuk mencatat. Agaknya sebab mengisi ruang masa menolak perasaan kebosanan yang teramat, atau sememangnya semangat baru mula berputik untuk kembali menulis dan menulis. Isk, mustahil…

Apapun, biarkan.. jangan dihalang keinginan selagi ianya tidak menyalahi agama dan adat. ;)

Kali ni saya masih berselera untuk bercerita tentang blog yang tidak seberapa ini. Setelah menukar tema, akhirnya saya bersetuju untuk turut serta menukar logo/simbol blog saya. Pilihan saya ialah ‘Rubik Cube’. Pernah anda dengar? Pernah anda main? Jika anda pernah lalui zaman kanak-kanak yang penuh ceria, tentunya permainan ini menjadi satu kelaziman. Kenapa saya memilih Rubik Cube sebagai logo/simbol? Jawapannya ialah,

[1] Permainan ini lahir pada tahun yang sama dengan tahun kelahiran saya. :)

[2] Teori permainan ini memerlukan kebijaksanaan, kepantasan berfikir dan bertindak.. itu yang saya mahukan dalam hidup, jika ingin terus maju.. teori ini mesti ada kepada semua orang yang mempunyai cita-cita dan harapan.

[3] Objektif permainan ini ialah menjadikan setiap paparan muka kepada nilai warna yang sama.. hidup kita dalam suasana yang berbagai-bagai, cabaran yang bersilih-ganti, manusia yang pelbagai bangsa dan agama, malah kita harus akur bahawa ujian Allah berikan dalam bentuk yang beraneka cara. Sebagai hamba Allah, dipentas persinggahan dunia menuju akhirat inilah, kita wajib menjadikan segala macam ujian tersebut dalam kehidupan kita ke arah yang lebih baik dan lebih tersusun/terurus.

Terima kasih kerana terus membaca catatan ini. Jika anda belum pernah bermain dengan permainan ini, apa kata mencubanya.. tentu seronok sambil mengisi masa lapang yang terluang. Jumpa lagi..

Category: Topik Bebas | Leave a Comment

Seminggu Melayan ‘Tension’

Monday, October 26th, 2009 | Author:

Selama seminggu, tempoh yang sangat singkat tapi bagi saya ianya terasa terlalu lama kali ni.. kenapa ye? Setelah berfikir, rupanya ada beberapa kemungkinan..

[1] Melayan kerenah kawan yang merasakan dirinya sudah berusia, tetapi kematangan masih ditahap murid sekolah darjah satu,

[2] Melayan diri yang dirasakan seperti tidak lagi diperlukan rakan seperjuangan, mungkin kerana sikap diri sendiri atau terlalu diperhatikan atas dasar ketidakpuasan hati,

[3] Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan.. tapi masih tak selesai-selesai juga,

[4] Sedih & terkilan bila golongan alim ulamak diperlekehkan (isu politik ni?) oleh golongan yang berlagak serba tahu… apa nak jadi dengan umat Islam hari ini? :roll:

[5] Tak tahu apa lagi sebab, huh.. mudah-mudahan Allah membuka jalan ketenangan, insya-Allah.

Category: Topik Bebas | Leave a Comment

Get Adobe Flash player