| Subcribe via RSS

Cikgu Oh Cikgu..

July 27th, 2007 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Hmm…. kesian cikgu². Asal saja buka tv, buka radio, tak habis² berita tentang isu cikgu pukul murid, cikgu dera murid, cikgu itu dan cikgu ini. Alahai ibubapa, kenapa jadi macam ni? Kenapa cikgu dituduh sebegini rupa? Lupa ke kita bagaimana kita berjaya sekarang.. siapa yang didik kita?

Cuba kita fikirkan secara rasionalnya, bagaimana seorang guru yang terlatih boleh memukul atau menghukum anak kita kalau tanpa sebab munasabah. Cuba periksa balik, siasat betul², apa yang anak kita dah buat. Cikgu hukum kerana anak tak buat kerja rumah, bukan ke itu wajar. Cikgu bukan hanya mengajar malah mendidik. Kita nak cikgu hanya masuk kelas dan mengajar semata-mata tanpa mendidik sahsiah atau disiplin? Macam tu ke yang kita harapkan?

Dulu orang hormat cikgu.. kenapa? Adakah dulu cikgu² tak pukul murid, tak hukum murid? Rasanya lebih dari itu. Tapi kenapa dihormati? Kerana dulu tak ramai doktor.. tak ramai jurutera dan tak ramai ahli korporat.. jadi cikgu dianggap hebat. Sekarang gaji cikgu sama saja dengan gaji yang mereka bayar kepada pembantu rumahnya, sebab tu cikgu tak dihormati. Insaflah, fikirkan kemuliaan dan keberkatan. Jangan hanya menuding jari dan menuduh tanpa usul periksa hanya kerana kita rasa kita orang hebat. Jangan la hanya mendengar apa yang anak cakap atau mengadu, siasat dulu apa puncanya. Fikir dulu kewajarannya. Pada saya cukup zalim jika guru dituduh mendera sedangkan niat guru tersebut adalah untuk mendidik. Kita manusia biasa, kasabaran itu ada hadnya. Janganlah sampai cikgu² kita berkecil hati dengan tindakan kita sebegini.

Persoalannya, pernah ke cikgu² kita berkecil hati dan mogok walaupun dituduh bermacam-macam dan MEMBUTA TULI?!! Tak de kan? Jadi beristighfarlah banyak²… :(

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: , ,

Narixa (bat32.txt)

July 23rd, 2007 | No Comments | Posted in KOMPUTER/INTERNET

Saya tak pasti sama ada masalah Narixa ni masalah baru atau lama, dan tak pasti dari mana asalnya datang, tapi yg pasti saya baru je mengalami masalah ni. Masalahnya ialah apabila kita masuk je WINDOWS masa startup, tiba² dipaparkan satu notepad bertajuk bat.32.txt. Dan bila saja buka browser Internet Explorer, kita akan dapati di bar atas browser tertulis Narixa yang biasanya Internet Explorer. Klik 2 kali pada mana² drive, semuanya tak jalan melainkan hanya perlu klik mouse kanan dan pilih open atau explore, sangat menyusahkan.

OK, walauapapun, di sini saya berikan sedikit penyelesaiannya setelah saya ‘merantau’ dan mencari di Google. Mungkin ini penyelesaian yang ada buat masa ni..

Ok, buat macam ni :

1. Jalankan HijackThis dan tandakan entri2 berikut :
O4 - HKLM\..\Run: [wscript32dll] C:\WINDOWS\msiexec.dll.vbs
O4 - HKLM\..\Run: [Batch32] C:\WINDOWS\bat32.txt
O4 - HKUS\S-1-5-18\..\Run: [Yahoo Messengger] C:\WINDOWS\system32\SVICHOSST.exe (User ‘SYSTEM’)
O4 - HKUS\.DEFAULT\..\Run: [Yahoo Messengger] C:\WINDOWS\system32\SVICHOSST.exe (User ‘Default user’)
O9 - Extra button: (no name) - {e2e2dd38-d088-4134-82b7-f2ba38496583} - %windir%\Network Diagnostic\xpnetdiag.exe (file missing)
O9 - Extra ‘Tools’ menuitem: @xpsp3res.dll,-20001 - {e2e2dd38-d088-4134-82b7-f2ba38496583} - %windir%\Network Diagnostic\xpnetdiag.exe (file missing)

2. Tutup semua windows dan browser dan tekan ‘Fix checked’

3. Download dan jalankan Narixa Fix

4. Setkan PC anda untuk melihat hidden system files > http://www.xtra.co.nz/help/0,,4155-1916458,00.html#5

5. Delete semua yg berikut (jika ada) dari semua drive (c:\, d:\, etc) :
HOWLNGW2.WAV
bat32.txt
vdsrun30.dll
STORM_BR.WAV
SCREAM.WAV
WOLVES_B.WAV

6. Pergi ke C:\WINDOWS dan delete semua berikut (jika ada) :
HOWLNGW2.WAV
bat32.txt
vdsrun30.dll
STORM_BR.WAV
SCREAM.WAV
WOLVES_B.WAV

7. Pergi ke C:\WINDOWS\system32\ dan delete yang berikut (jika ada) :
SVICHOSST.exe

8. Restart PC, scan dengan HijackThis dan periksa sama ada masalah dah settled atau tidak… :D

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: , , , , ,

Naik! Naik!! Naik!!!

July 10th, 2007 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Huh, gaji belum lagi naik tapi semua harga barang pun naik. Semua orang akan bercakap isu yang sama.. di kedai kopi, di pasaraya, di masjid dan di mana² saja. Sebenarnya ada strategi pihak tertentu merancang sesuatu atau sememangnya tiada kawalan tentang kenaikan harga barang? Atau mungkin tidak terkawal?

Kadang² rasanya macam percaturan politik. Tapi siapalah yang tahu. Kerajaan hanya meminta rakyat memboikot mana² pihak yang menaikkan harga barang. Begitu juga persatuan pengguna meminta supaya pengguna tidak membeli barangan yang dinaikkan harga. Mampu ke? Ada orang yang perihatin tapi dalam masa yang sama ada orang yang tidak ambil pusing. Dan yang bermasalahnya ialah mereka yang memboikot.. apa yang dia dapat? Barang tetap naik, harga tetap tak turun.

Isu barang naik mula menghantui kita sejak harga minyak naik. Itu isunya. Dulu tak ketara semacam ni. Bukan pengguna kenderaan persendirian saja yang terasa bahangnya, malah syarikat² pengangkutan juga. Jadi sudah tentulah mereka pun memikirkan demi keuntungan (walaupun sebenarnya mereka dah mengaut keuntungan pun).

Sekarang timbui isu BERNAS menaikkan harga beras sewenangnya tanpa meminta kelulusan kerajaan.. ada bantahan, kerajaan sekat. Tapi tunggu dan lihat.. ianya akan diluluskan juga oleh pihak kerajaan, harga beras akan naik.

Bukan berceloteh isu politik atau fahaman mana² pihak, tapi luahan. Bahangnya cukup terasa, lebih panas dari bahang cuaca panas sekarang. Semua kakitangan awam dalam pelbagai peringkat akan naik gaji… berbaloi ke? …dalam keadaan semua harga barang naik dan mahal? :D

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: