| Subcribe via RSS

20 Statistik Perbezaan Lelaki & Wanita

January 23rd, 2008 Posted in SEMBANG
MiniSite Template Pro
Discover How To Crank Out An Endless Stream Of Your Own Hugely Profitable Info Products Without Ever Typing A Single Word Yourself!
www.plr.upsalemarketing.com
PAGEPeel Script
Cara paling efektif dan menarik untuk mempertingkatkan kunjungan pelawat ke web/blog anda.
www.upsalemarketing.com
Download Form Creator
Membina mailing list sendiri tanpa perlu berbelanja wang setiap bulan untuk menyewa Autoresponder.
www.dfc.upsalemarketing.com
Hi-Q
Merawat & memulih sel-sel neutron otak untuk meningkatkan minda & mengatasi masalah mudah lupa.
www.hi-q.upsalemarketing.com

Kali ni saya mahu berkongsi dengan anda tentang perbandingan lelaki dan wanita berdasarkan kajian yang dilakukan. Saya petik artikel ni dari Majalah Maskulin (Karangkraf Sdn. Bhd.) keluaran Februari 2008 Siri ke - 77.

1. Anggaran ketinggian bagi seorang lelaki ialah 1.77 meter manakala wanita pula 12 sm lebih rendah.

2. Anggaran ukuran pinggul seorang wanita ialah 100 sm sementara lelaki pula 8 sm lebih kurang.

3. Anggaran berat bagi seorang ialah 78 kg iaitu 13 kg lebih berat dari seorang wanita.

4. Wanita memiliki 78% peluang untuk hilang deria penglihatan.

5. Lelaki memiliki kebarangkalian 2.7 kali terlibat dalam kemalangan jalanraya.

6. Lelaki lebih 4 kali ganda berhadapan dengan risiko kematian akibat merokok berbanding wanita.

7. Wanita lebih 3 kali ganda menderita sakit migrain berbanding lelaki.

8. Lelaki lebih ramai menghidapi penyakit jantung, tetapi wanita lebih terdedah kepada kematian akibat penyakit yang sama.

9. Menurut kajian UNESCO, secara purata terdapat 781 juta penduduk dunia yang buta huruf dan 64% dari jumlah itu adalah wanita.

10. Terdapat 103.5 juta kanak-kanak yang tidak bersekolah di seluruh dunia, dan 57% darinya adalah kanak-kanak perempuan.

11. 84% dari kerusi dewan parlimen seluruh dunia adalah dimonopoli oleh kaum lelaki.

12. Lebih 4 kali ganda lelaki melanggan laman web untuk mencari jodoh berbanding wanita.

13. 58% dari jumlah pembaca berita seluruh dunia adalah wanita, tetapi hanya 21% berkenaan wanita sahaja yang menjadi subjek utama berita.

14. Wanita memiliki 76% untuk menjadi penghuni pusat perlindungan di seluruh dunia, manakala lelaki hanya 68% sahaja menurut UNECE.

15. Wanita memiliki 52% kandungan air manakala lelaki pula secara puratanya memiliki 61%.

16. Lelaki berhadapan dengan risiko menjadi mangsa penipuan internet iaitu 2 kali ganda berbanding wanita.

17. 21% komputer yang dimiliki oleh kaum lelaki berhadapan dengan risiko serangan virus berbanding komputer milik wanita.

18. Mengikut kajian British Journal Of Psychology, lelaki lebih bijak berbanding wanita dari segi purata IQ.

19. 45.2% lelaki seluruh dunia mengalami masalah obesiti berbanding wanita yang hanya 13.9%. Tetapi sebayak 57.4% wanita berpendapat mereka harus mengurangkan berat badan berbanding lelaki yang hanya 28.6% sahaja.

20. Lelaki berhadapan risiko pembunuhan kejam sebanyak 3 kali ganda berbanding wanita.

Bagaimana pandangan anda tentang kajian ni? Tentu ada pro dan kontranya, kan? :twisted:

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Leave a Reply